CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10461|Reply: 0

“Macam Subway Surfers” – Cara Kreatif Peniaga Jual Air Balang Buat Ramai Kagum

[Copy link]
Post time 9-9-2024 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Ada juga pengguna media sosial yang turut menyamakan cara penjual air balang berkenaan dengan permainan video lain seperti Jetpack Joyride dan Nintendo Splatoon.


Dalam dunia perniagaan, ramai orang akan menjual produk yang sama dalam sesebuah pasaran.



Selain harga, apa yang membezakan seseorang peniaga itu adala
h teknik pemasaran dan cara kreatif dalam mempromosikan produk untuk menarik pelanggan.
Langkah sebegitu diakui sememangnya berkesan lebih-lebih lagi buat peniaga yang menjual produk makanan dan minuman.

Peniaga Jual Air Balang Macam Dalam Game
Samalah seperti seorang penjual air di Melaka yang menjadi perhatian ramai disebabkan cara kreatifnya berniaga.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @zaidijamil, kelihatan seorang pemuda menggalas ‘beg’ berisi dua balang air bersaiz kecil di belakang badannya.
Apa yang menjadi perhatian adalah balang tersebut dipenuhi dengan air bandung yang semestinya sukar untuk dibawa semasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain bagi menjual produknya itu.

Malah, turut kelihatan terdapat saluran paip yang digunakan bagi mengisi air balang tersebut ke dalam cawan khusus buat pelanggan.
Melalui video berkenaan, kedengaran pengguna TikTok itu berasa teruja melihat cara kreatif dan menyamakannya dengan sebuah permainan video.
“Fuyoh stylo la wei. Macam game (permainan) apa tu, Subway Surfers,” katanya.

Pemuda berkenaan turut membawa botol air yang dipercayai berisi ais khusus buat pelanggan yang menikmati air minuman itu secara sejuk.
Difahamkan, pemuda berkenaan menjalankan perniagaanya di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Ayer Keroh, Melaka.

Ramai Puji Cara Kreatif, Turut Samakan Dengan Permainan Video Lain
Video yang telah mendapat lebih 340 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka turut berasa teruja dengan cara berbeza pemuda berkenaan dalam melariskan produk jualannya.
Malah, ada yang menyamakan diri lelaki berkenaan dengan permainan video lain seperti Jetpack Joyride dan Nintendo Splatoon dek kerana bekas balang yang digalasnya itu.
Namun, tidak kurang juga ada yang memujinya kerana berfikiran kreatif dalam mengusahakan perniagaannya itu.
Ada yang berpendapat idea pemuda berkenaan boleh digunakan oleh mereka bagi melakukan aktiviti lain seperti hiking.

Berikut antara komen pengguna TikTok:


“Ini Orang Kata ‘Nak Berjaya Jangan Banyak Alasan’, Terbaik Bang, Semoga Maju Jaya”


“Bawa Pergi Hiking Best Juga Ni”


“Macam-Macam Cara Orang Cari Rezeki Ya Sekarang, Moga Dimurahkan Rezeki Beliau”


Sumber: BuzzKini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.059206 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list