View: 15302|Reply: 30
|
Isu sijil halal: Teresa Kok hanya jalankan tugas, bukan isu 3R – Guan Eng
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Lim Guan Eng menegaskan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hanya menjalankan tugasnya dalam menyuarakan masalah dan suara hati rakyat berhubung kenyataan pensijilan halal dikatakan membebankan peniaga di Malaysia.
“Apa yang disuarakan Teresa, pendirian parti DAP dapati YB tidak bersalah dan hanya menjalankan tugas sebagai seorang ahli parlimen untuk meluahkan pandangan serta kebimbangan dilahirkan pelbagai pihak.
“Atas dasar itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengarahkan badan guaman DAP dipimpin Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh untuk memastikan Teresa mendapat pembelaan.
“Teresa hanya jalankan tugas dan tidak buat apa-apa salah,” tegasnya ketika sidang akhbar di sini, hari ini.
Beberapa ahli parlimen (MP) Pakatan Harapan turun di Bukit Aman, di sini, sebagai tanda solidariti terhadap Teresa, yang hadir memberi keterangan.
Dilihat hadir, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang juga Pengerusi DAP, MP Bukit Bintang, Fong Kui Lun; Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau; Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.
“Kita serah kepada polis untuk jalankan siasatan dan kami harap bahawa semua pihak harungi perkara ini dengan tenang dan profesional supaya dapat tahu masalah dan perasaan kurang senang masyarakat.
“Ia bukanlah perkara 3R seperti yang dituduh oleh pihak tertentu kerana ia merupakan dari pelbagai lapisan rakyat,” ujarnya.
Sumber – Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
“Ia bukanlah perkara 3R seperti yang dituduh oleh pihak tertentu kerana ia merupakan dari pelbagai lapisan rakyat,”
Don't put your words into someone else's mouth. Kalau 3R pun at the end masuk cold storage jugak. Type M atau pembangkang kemain laju lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam tu lah bos ada telur, bekap ahli yang buat kerja. Boss besar sorang lagi tu awal2 dah lari. |
|
|
|
|
|
|
|
apa saja menyentuh islam dan melayu...DAP dan sekutunya akan berdolak dalih dengan kebebasan bersuara...menyatakan pendapat.... cuba melayu/islam sentuh Bak Kut Teh... dicop rasis terus. Ah So pergilah minum sehari sesudu minyak sawit |
|
|
|
|
|
|
|
KATA MP l Isu sijil halal: Tiga soalan yang mesti dijawab dahulu
Hassan Abdul Karim
Diterbitkan: Sep 10, 2024 11:21 AM
KATA MP l Siapakah yang memulakan kontroversi berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol? Setiausaha Publisiti DAP, Teresa Kok atau Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Naim Mokhtar?
Teresa memberikan kenyataannya sebagai reaksi terhadap kenyataan secara terbuka Mohd Naim.
Kenyataan Mohd Naim adalah satu cadangan dasar awam berkaitan satu peraturan mandatori dari segi peraturan yang sedang dikaji oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Soalan pertama: Adakah cadangan berkenaan pensijilan halal mandatori di kedai-kedai makan bukan Islam itu telah dibincangkan dalam jemaah menteri (kabinet)?
Soalan kedua: Adakah menteri hal ehwal agama boleh umumkan di khalayak awam satu dasar kerajaan yang melibatkan undang-undang dan peraturan yang masih belum diluluskan oleh kabinet?
Berbincang pun belum diadakan di dalam kabinet berkenaan cadangan tersebut.
Soalan ketiga: Untuk bersikap jujur dan adil siapa sebenarnya yang mula-mula mencetuskan kontroversi? Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok atau Mohd Naim?
Teresa hanya memberikan satu reaksi terhadap satu dasar kerajaan yang masih baru dibincang di peringkat Jakim. Kajian menyeluruh pun belum dibuat secara tuntas. Masih belum dibawa ke perbincangan kabinet.
Kenyataan Teresa didakwa satu kesalahan di bawah 3R (race, religion, dan royalty) kerana dianggap menimbulkan keresahan dan kegentaran serta kemaraham awam di kalangan Orang Islam.
Maka kita ingin bertanya bagaimana dengan kenyataan Mohd Naim tentang satu cadangan yang belum lagi diputuskan oleh kabinet yang jelas telah menimbulkan keresahan, kegentaran dan kemarahan sesetengah orang Bukan Islam?
Adakah kenyataan menteri hal ehwal agama itu tidak termasuk dalam kategori pelanggaran 3R?
Adakah hanya apabila orang Islam merasa resah, gentar dan marah maka satu pelanggaran 3R berlaku?
Adakah sebaliknya jika orang bukan Islam merasa resah, gentar dan marah maka pelanggaran 3R tidak berlaku?
Adakah wujud sistem hukum dua darjat di Malaysia yang kita cintai ini?
Saya perlu menyatakan dengan jelas.Saya seorang Islam yang menganggap isu halal dan tidak halal dalam apa juga urusan hidup termasuk soal makan minum adalah relevan di Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum dan agama.
Tetapi kita mesti jujur dan adil. Tujuan tidak menghalalkan cara. Tujuan cadangan Jakim seperti yang diumumkan oleh menteri hal ehwal agama adalah baik. Tetapi cara pengumuman yang mengejut dan terburu-buru itu adalah salah dan tidak profesional bagi seorang menteri kerajaan persekutuan.
Cara yang betul ialah Mohd Naim selaku menteri hal ehwal agama perlu mengarahkan satu kajian yang lengkap tentang cadangan mengenakan dasar pensijilan halal yang mandatori di kalangan syarikat restoran bukan Islam.
Bawa kertas cadangan kepada mesyuarat kabinet. Biar semua menteri dalam Kabinet yang Islam dan bukan Islam berbincang dengan akal yang sihat, rasional serta tidak ikut sentimen. Tidakkah kerajaan persekutuan sekarang kerajaan perpaduan di mana menteri- menteri di dalam kabinet itu yang Islam ramai dan yang bukan Islam juga ramai. Jadi berbincanglah dengan mendalam.
Jika secara prinsipnya kabinet bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh menteri hal ehwal agama, kemudian libatkanlah menteri hal ehwal undang-undang, jabatan peguam negara dan bahagian hal ehwal undang-undang.
Selepas itu menteri hal ehwal agama buatlah libat urus dengan pertubuhan-pertubuhan agama sama ada Islam dan bukan Islam. Juga bawalah proses libat urus dengan persatuan peniaga-peniaga restoran bukan Islam sebagai pihak yang betul-betul terlibat.
Jika isu undang-undang beres dan semua pihak yang terlibat faham akan tujuan peraturan yang baru itu, kemudian bawalah semula ke kabinet supaya digubal satu rang undang-undang berkenaan hal pensijilan halal yang mandatori.
Memang leceh, memang lambat, memang melibatkan banyak kerja. Tetapi inilah yang dipanggil tatakelola urusan kerajaan yang baik.
Apabila semua okey dan apabila Rang Undang-Undang telah siap, saya percaya ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok tidak ada bantahan lagi setelah mendapat penjelasan dan taklimat yang sempurna dalam menjelaskan tujuan baik dan berfaedah dari Menteri Hal Ehwal Agama Mohd Naim serta Jakim.
Jika itu sepatutnya yang berlaku maka terselamatkah kita di Malaysia ini dari perpecahan di kalangan rakyat dalam soal makan halal atau tidak halal. Maka terhindar tidak fasal-fasal seorang ahli Parlimen disiasat polis di bawah 3R.
HASSAN ABDUL KARIM adalah ahli Parlimen Pasir Gudang.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau MP kat negeri selatan..main hembus jer ckp..mmg mendapat la.
Sikit sikit dia cakar..pastu robek truss.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih undi Melayu.. kasi kita menang di Nenggri dan kkb...sentiasala menyokong kita DAP dan MADANI.... |
|
|
|
|
|
|
|
harap terus melingkup..smua nak komplen n nak pertikai.gila babeng punya org |
|
|
|
|
|
|
|
Boikot je kedai yang tanak apply certs halal ni. Kalau malay boleh banned starbucks sampai tutup, apetah lagi kedai makan yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
wxyz_abc replied at 10-9-2024 06:32 PM
Boikot je kedai yang tanak apply certs halal ni. Kalau malay boleh banned starbucks sampai tutup, ap ...
kita menang kt kkb ngn nenggiri...bukti..'Melayu mudah lupa'...dan terus menyokong DAP dan MADANI...... |
|
|
|
|
|
|
|
But*h kulup nko . Species minoriti yg teraniaya, katanya….Tapi species yg tetap kuat memegang rapi tulur ikon madanon sembang kari |
|
|
|
|
|
|
|
wxyz_abc replied at 10-9-2024 06:32 PM
Boikot je kedai yang tanak apply certs halal ni. Kalau malay boleh banned starbucks sampai tutup, ap ...
Tak perlu boikot pun you simply don't go. Simple enough kan?
Bila guna boikot ni masalahnya yang nak boikot orang lain, yang nak pergi orang lain. Maka timbul lah gesaan guna berbagai instrument kerajaan supaya orang tak pergi, perlu ka? Lepas ni apa pula, tangkap siapa yang pergi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SalenaGomez at 10-9-2024 08:53 PM
wxyz_abc replied at 10-9-2024 06:32 PM
Boikot je kedai yang tanak apply certs halal ni. Kalau malay boleh banned starbucks sampai tutup, ap ...
Betul… salah satu nya dlm google review ke atau apa2 review kita play part utk tanya ada halal ke x? Kalau xde, cakap je terang2 dlm review kita x pergi makan sehingga halal. So that bila org lain review comment kita, pon sama2 x pegi
Skrg ni ramai muslim yg ingat halal bila nampak pekerja pakai tudung or ada org bertudung makan, terus ingat halal.
Org muslim kat malaysia ni ada kuasa. So gunakan kuasa tu. Level starbuck pon bungkus. Let them terdesak utk dptkan halal jakim. |
|
|
|
|
|
|
|
Menggelupor la acik2 pelahap Asam Laksa Air Hitam. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalipah besar dah bunyi..mat planta mesti tak berkutik.. |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 10-9-2024 08:52 PM
Betul… salah satu nya dlm google review ke atau apa2 review kita play part utk tanya ada halal ke ...
Sokong! Time ni la influencer main peranan. Tulis dlm fb,ig. Peranan kita yang misikin yang tiada siapa nak dengari, boleh tulis dalam google review. Cuma tu la, google review boleh delete huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak suruh boikot tp korang ni tak payahlah masuk mana2 restaurant yg takde sijil halal jakim lagi.. habis cerita tak payah paksa bagai..
kalau dia nak market org melayu nanti pandai lah dia adjust.. kita pun byk je lagi alternative product and services.. jadilah producer not end user anymore.. step up and stand up |
|
|
|
|
|
|
|
3 r la Bodo.tangkap la..org non Muslim Kene ade sijil halal ke.ni kaitan muslim, 3r la bodoool |
|
|
|
|
|
|
| |
|