CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19937|Reply: 18

[Tempatan] Pemimpin PH Johor bimbang Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh jauhkan pengundi bukan Melayu. #6, PRK Mahkota: Pemimpin DAP nasihat Umno ‘uruskan’ Akmal

[Copy link]
Post time 11-9-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 11-9-2024 10:26 AM

Pemimpin PH Johor bimbang Akmal jauhkan pengundi bukan Melayu

https://www.malaysiakini.com/news/718835

Zarrah Morden
Diterbitkan:  Sep 11, 2024 1:09 PM
Dikemaskini: 1:09 PM



Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) Johor menyatakan kebimbangan bahawa serangan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, khususnya oleh Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh, boleh menjejaskan peluang BN pada pilihan raya kecil (PRK) Mahkota akan datang.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata serangan ke atas Kok oleh Akmal dan lain-lain, serta keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menegur ahli parlimen DAP itu, mungkin mengecewakan pengundi bukan Melayu.

“Jangan terperanjat jika ramai rakyat penyokong PH dari kalangan masyarakat Cina yang memilih untuk tidak keluar mengundi seperti di PRK Sungai Bakap," katanya.

Mahkota adalah kawasan campuran, dengan hanya 54 peratus pengundi adalah Melayu, manakala 35 peratus lagi adalah Cina, dan 8 peratus India.

Sebelum ini, dalam PRK Sungai Bakap, peratusan keluar mengundi Cina adalah lebih rendah daripada jangkaan dan dilihat sebagai undi protes terhadap kerajaan Madani dan kecenderungan Anwar menarik pengundi Melayu dengan mengorbankan penyokong bukan Melayu mereka.

Kok baru-baru ini menjadi sasaran kecaman selepas dia mengkritik cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi semua kedai makan dan perniagaan makanan yang tidak menjual daging babi atau alkohol.

Kok, dan lain-lain, berhujah bahawa rancangan sedemikian akan membebankan banyak perniagaan, termasuk perniagaan milik orang Islam.

Ahli parlimen DAP itu juga berkata bahawa peraturan sedemikian akan mengganggu hak pelanggan untuk memilih, dan menjadikan Malaysia bahan cemuhan.

Akmal adalah antara yang menyelarnya, menggelar ahli parlimen Seputeh itu sebagai "nyonya tua" dan mengancam untuk menampal "logo tidak halal" di dahinya.



Naib Ketua DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali, dalam satu kenyataan hari ini, berkata percubaan Akmal untuk menjadi "anak jantan" sebaliknya menunjukkan dia sebagai seorang Muslim yang biadab.

Seperti Hassan, Sheikh Umar juga bimbang ketua Pemuda Umno itu akan memberi kesan yang tidak diingini kepada pengundi.

"Saya telah mula bergerak kebawah bertemu pengundi dalam seminggu ini. Respons yang saya terima agak membimbangkan.

"Pengundi bukan melayu khususnya, memang sangat tidak selesa dengan pendekatan Dr Akmal.

"Namun yang turut mengejutkan ialah, pengundi Melayu juga ada yang tidak selesa dengan sikap Akmal yang dianggapnya sebagai gangster," katanya.

Sheikh Umar berkata di kerusi campuran seperti Mahkota, kempen Madani mesti sederhana dan meraikan perpaduan dalam kepelbagaian, dan tidak tertumpu kepada siapa yang lebih "jantan".

Oleh itu, dia berkata Umno mesti menguruskan Akmal - yang katanya mewakili parti dan bukan hanya seorang individu.

Begitu juga, Hassan berkata Akmal juga perlu bertenang dan berdamai dengan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.

Dia berkata semasa Kok disiasat kerana 3R (kaum, agama, raja), DAP tetap komited untuk berkempen untuk kemenangan BN di Mahkota.

Hari penamaan calon bagi PRK Mahkota pada Sabtu ini, dengan pengundian pada 28 Sept.

Umno akan mewakili BN untuk mempertahankan kerusi itu, manakala Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon Bersatu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 01:33 PM | Show all posts
Semoga Umngok melingkop prn Mahkota..kasi ajarr sikitt..dah la muka sebijik Sarip Dol samseng kg.Dusun..puikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 04:01 PM | Show all posts
semua pakat2 nak jaga hati yg bukan melayu ye skrg ni termasuk la melayu... apa nak jadi entahh
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 04:09 PM | Show all posts
so UMNO bersama dengan DAP untuk menawan DUN Mahkota?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 04:37 PM | Show all posts
Pemimpin PH Johor tak bimbang pula kenyataan tokong mother terasa cock tu jauhkan pengundi Melayu ye?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2024 06:22 PM | Show all posts
PRK Mahkota: Pemimpin DAP nasihat Umno ‘uruskan’ Akmal

https://www.freemalaysiatoday.co ... umno-uruskan-akmal/

FMT Reporters
11 Sep 2024, 05:42 PM


Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa kenyataan kurang beradab Dr Akmal Saleh dibimbangi akan menjejaskan peluang calon kerajaan perpaduan pada PRK Mahkota.

Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa sikap ‘gengster’ Dr Akmal Saleh dalam isu pensijilan halal tidak disukai pengundi Melayu dan bukan Melayu di Mahkota.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Johor ‘menasihatkan’ Umno segera ‘menguruskan’ Ketua Pemudanya Dr Akmal Salleh kerana bimbang kenyataan berkait isu pensijilan akan menjejaskan peluang wakil kerajaan perpaduan pada PRK Mahkota.

Naib Ketuanya Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa kenyataan kurang beradab Akmal seperti ‘Nyonya Tua’ dan ‘tampal logo tak halal’ ditujukan pada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok membimbangkan pengundi di DUN terbabit menjelang PRK, 28 Sept depan.

Dakwanya, sikap Akmal yang dianggap ‘gengster’ itu bukan hanya tidak disukai pengundi bukan Melayu tetapi masyarakat Melayu, yang dikesan selepas seminggu turun ke kawasan terbabit.

Menurutnya, beliau bimbang pendekatan exco Melaka itu akan memberi kesan negatif pada pola sokongan pengundi DUN Mahkota untuk calon perpaduan dari Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah.

“DUN Mahkota adalah kerusi bercampur di mana demografinya meliputi sekitar 54% Melayu, 35% Cina dan 8% India. Naratif kempen bagi DUN Mahkota mestilah bersifat moderat, sederhana dan meraikan ‘perpaduan dalam kepelbagaian’, bukan ‘siapa lebih jantan’.

Bagi saya selaku ketua Pemuda Umno, Akmal tidak boleh lagi dianggap sebagai individu sebaliknya ‘institusi’ Umno…beliau pemuka dan imej hadapan lebih-lebih lagi calon Mahkota adalah anak buahnya sendiri dari ketua pemuda Umno bahagian, katanya dalam kenyataan.

Nasihat ikhlas saya, Akmal perlu diuruskan Umno demi kemenangan calon perpaduan di DUN Mahkota, sebarang perkara berbangkit hendaklah diselesaikan secara musyawarah, matang dan bijaksana. Bukan menghambur kecaman tidak sopan secara terbuka.

Sebelum ini, Akmal membidas Kok dari DAP yang dilaporkan mendakwa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan kecuali premis menghidangkan daging babi atau minuman beralkohol, hanya menambah beban terhadap peniaga dan memalukan negara.

Sambil menyifatkan Kok sebagai ‘nyonya tua’, katanya, naib pengerusi DAP itu tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Boek do kemal nak tampal sijil haram dekat dahi ahso ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari kita tengok 'keputusan undi Melayu'...selepas isu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 06:42 PM | Show all posts
aku dah ckp dah masa menang nenggiri aritu.menang sikit je mula la membongak.wak mula berangan nak jadi PM.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 06:47 PM | Show all posts
shamsadis replied at 11-9-2024 04:09 PM
so UMNO bersama dengan DAP untuk menawan DUN Mahkota?

kalo mcm tu umngok kempen lah sorang2 ke atau dgn MCA,MIC yg  sendu melingkup tu.ph xyah tolong watlek watpis ...xyah susah2 kempen.yelaa org melayu kan dah bagi sokongan padu kat umngok balik...prtfffhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 06:48 PM | Show all posts
Skuau replied at 11-9-2024 06:36 PM
Mari kita tengok 'keputusan undi Melayu'...selepas isu ini.

ye mariiii......
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Akmal Stoking tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 11-9-2024 04:37 PM
Pemimpin PH Johor tak bimbang pula kenyataan tokong mother terasa cock tu jauhkan pengundi Melayu ye ...

Eh eh ehhh ehhhhhh, patutnya si teresa tu didiamkan. Kaduk naik junjung betul ya bila dah jadi pemerintah ni. Itulah bahana bila depa ni majoriti dlm parlimen.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal tak nasihat DAP suruh ‘urus’ nyonya Taresa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya umno..dari jaga melayu zaman dlu, jadi barua dapig sekarang. Klua je la dari PH. Mcm lembu je dok bawah PH.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tengok movie camcolucop lak..

"Kasi urus sama dia, kasi m@mpn5"
.... Dan begitulah konco2 pun terus mencari watak yg disebut utk diuruskan

Patutnya la soley2 dah start blk yistana movie dah nak keluar ye


Apa yg dimerepek ni.... Sorry la selsema otak biol

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Biol, makcik Teresa tu la kene diam.xkene tangkap tu patut bersyukur la.dan2 bukan isu 3r, sebuk hal agama org
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 11-9-2024 04:37 PM
Pemimpin PH Johor tak bimbang pula kenyataan tokong mother terasa cock tu jauhkan pengundi Melayu ye ...

Mungkin sebab pengundi Melayu yang marah dengan kenyataan tu dah sedia tak undi diaorang kot. Pengundi Melayu yang tak marah hampir pasti memang pengundi diaorang. Pengundi cina india tu pengundi dia so takut hilang share kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Politaik mulayu xmain isu bangsa, agama mmg xleh carik makan, xdpt undi, xde tukang sorak.
Hujung².... Menang sorak je la.
Tu je nk ckp.
Malaysian politics 101.
Tp ank bini cucu cicit carik mkn ngn kapir lahanat yg ko kutuk tu jgk.
Lg feeling hidup xyah btongkat.
Har!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.047063 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list