CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36043|Reply: 0

[Sabah] SESB mula pembinaan BESS terbesar di Asia Tenggara

[Copy link]
Post time 11-9-2024 05:12 PM | Show all posts |Read mode


MOHD YAAKOB

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan membangunkan infrastruktur Battery Energy Storage System (BESS) berkapasiti 100 megawatt (MW) dan simpanan tenaga sebanyak 400 MWj di Lahad Datu dalam usaha meningkatkan kapasiti penjanaan Grid Sabah secara berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar berkata, SESB sudah menerima Letter of Notification (LoN) daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) bagi projek BESS 100MW/400MWj yang akan dibangunkan di Pantai Timur Sabah.

“Kepercayaan yang diberi oleh pihak ECoS dan kerajaan negeri kepada SESB untuk melaksanakan projek BESS ini akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan sepenuh usaha bagi memastikan projek ini berjaya ditenagakan mengikut tempoh yang disasarkan.

“Dengan keupayaan maksima kapasiti simpanan tenaga sebanyak 400MWj, projek ini bakal menjadi sistem BESS terbesar di Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, projek ini akan meningkatkan kapasiti rizab margin Grid Sabah pada masa puncak serta menyokong penambahan kapasiti sumber tenaga solar iaitu Large Scale Solar (LSS) kelak.

Katanya, projek ini dimulakan pada September tahun ini dan dijadualkan siap pada 30 Jun 2025.

Minggu lepas, Mohd Yaakob sudah mengadakan lawatan ke Pencawang Masuk Utama (PMU) Dam Road, Lahad Datu bagi meninjau projek menaik taraf PMU Dam Road kepada voltan 275kV yang mana pencawang ini akan menjadi titik suntikan kepada BESS berkenaan.

“Projek ini akan dapat meningkatkan kestabilan kapasiti penjanaan di Grid Sabah, di samping menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan meningkatkan potensi kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.223383 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list