Oleh
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
11 September 2024 03:20pm
Perairan Sarawak di Laut China Selatan. Gambar fail Bernama
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia menggunakan saluran diplomatik dalam isu ketegangan yang semakin meningkat di Laut China Selatan.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membincangkan perkara tersebut secara khusus.
"Sebarang isu berbangkit akan diuruskan melalui saluran diplomatik," katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.
China sejak awal tahun ini dilaporkan meningkatkan keberadaan pasukan tentera dan pengawal pantai di Laut China Selatan khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Terbaharu, Wisma Putra mengesahkan menerima laporan kehadiran kapal asing pelantar minyak luar pesisir di negara ini di perairan Sarawak pada Sabtu lalu.
Kehadiran pasukan tentera dan pengawal China itu turut menyebabkan beberapa insiden pertembungan dengan tentera Filipina dengan kejadian terkini dilaporkan pada 31 Ogos lalu.
Ditanya sama ada Malaysia akan membawa isu berkenaan pada persidangan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Fahmi berkata, perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri berikutan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak menghadiri mesyuarat.
"Menteri Luar akan mewakili Perdana Menteri dan kerajaan ke UNGA tahun ini bersama satu atau dua orang menteri lagi tetapi agenda khusus tidak dibincangkan, malah Mohamad tak hadir mesyuarat hari ini.
"Jadi kita perlu tunggu, sebelum berangkat ke UNGA," katanya.
Beijing menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan termasuk kawasan yang dituntut oleh Filipina, Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam.
Sebahagian daripada laluan perairan itu merekodkan nilai perdagangan AS$3 trilion setiap tahun yang mana ia kaya dengan simpanan minyak dan gas asli selain menjadi sumber perikanan utama bagi negara serantau.
Pada tahun 2016, Mahkamah Timbang Tara Tetap memutuskan tuntutan menyeluruh China tidak mempunyai asas undang-undang, tetapi ia ditolak oleh Beijing.
Jun lalu, Amerika Syarikat (AS) menegaskan semula komitmennya terhadap keselamatan Filipina selepas Manila menuduh China dengan sengaja menghentikan penghantaran bekalan kepada tentera Filipina yang ditempatkan di Beting Thomas Kedua yang dipertikaikan.
Post time 11-9-2024 07:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Rogue98 replied at 11-9-2024 06:41 PM
Lim gone eng n lim kit sial and ahli dap yg lain mana....apa function diaorang dlm keadaan camni...a ...
kita olang tolong kita sama kita (teresa kok)saja...maaa....lain hal u olang sindiri kaw tim maaaa...nanti tolong undi MADANI Mahkota sana..kita pon ada sini kjaan maaa.....
Post time 11-9-2024 08:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
eLiaD replied at 11-9-2024 12:34 PM
U might ve right ticer
Uols tau apsal ai terfikir gitew?
Sebab Linkin Park tu kan baru buat comeback. Layan la video2 lama deol. Tertengok video tahun 2014, deol buat konsert kat Moscow. Aman damai ja masa tu. Sekarang Rusia tu tengah perang. Antara 2014 ngan 2024 tu, baru 10 tahun uols...
Post time 11-9-2024 11:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tp geng china bukit mmg ramai on kt malaysia..kt kondo i ni cina sana ramai..menyampah tau suka potong jln time jogging..bebal giler
sekali kena jeling tahu berundur..
td tgk kt tt tnjk atm ngn tni bertembung kt perairan..pastu ada net yindon ngn malaysia saling komen..malaysia ngn yindon adik brdk tiri..malaysia sedih dorg ikt sama
apa akan berlaku selepas political Zionists (yis real) & dunia arab destroyed each other masa WW3 nnt..
aku saspek..
Orang Islam Palestin akan dapat balik Baitulmaqdis
maka, aku jangka maka bermula lah hadith di bawah :
"Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib (Madinah), kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-Malhamah, permulaan al-Malhamah merupakan tanda pembebasan Kota Kostantinopel, pembebasan Kota Kostantinopel pula adalah tanda kemunculan Dajjal." (HR. Abu Daud)