CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32947|Reply: 6

[Tempatan] JPJ panggil semula (recall) 35,000 model Toyota, Mercedes-Benz, Suzuki, Honda

[Copy link]
Post time 11-9-2024 08:17 PM | Show all posts |Read mode
AUTO

JPJ panggil semula 35,000 model Toyota, Mercedes-Benz, Suzuki, Honda

September 11, 2024 @ 3:32pm

Oleh Mahanum Abdul Aziz
[email protected]



JPJ menjalankan  aktiviti pemanggilan semula produk sejak Julai hingga September 2024.


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula kira-kira 35,000 kenderaan di bawah siri 3/2024 membabitkan empat syarikat pengeluar kenderaan iaitu Toyota, Mercedes-Benz, Suzuki dan Honda.

Antara model kenderaan Toyota yang terbabit ialah Vios tahun pengeluaran Mac 2023 hingga Februari 2024, manakala motosikal Suzuki membabitkan Model V-STROM800DE tahun pengeluaran 2023 dan model Burgman Street EX tahun pengeluaran 2024.


Motosikal Honda pula membabitkan model CBR250RR CBR250S3A tahun pengeluaran 2022, sementara kenderaan buatan Mercedes-Benz yang terbabit antaranya ialah model A 200; A 250; A 250 4MATIC; AMG 45 S 4MATIC; AMG CLA 45 S 4MATIC; B 200; CLA 200 COUPE dan CLA 250 COUPE yang kesemuanya membabitkan tahun pengeluaran 2017-2024.

JPJ berkata, sejak Julai 2024 hingga September 2024, aktiviti pemanggilan semula produk sedang dijalankan oleh pengeluar kenderaan berkenaan.


Katanya, pengeluar kenderaan itu akan menghubungi pemilik kenderaan yang berkenaan untuk membuat

penetapan tarikh temujanji serta membawa kenderaan untuk pemeriksaan dan menjayakan aktiviti pemanggilan semula yang dilaksanakan itu.

Jelasnya, aktiviti pemanggilan semula produk itu penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecacatan pada struktur atau peralatan yang ada pada kenderaan berkenaan.

"Keselamatan kenderaan juga adalah penting bagi menjamin pemanduan dan keselesaan pemilik semasa dalam perjalanan.


"Semestinya, pemilik tidak mahu memandu kenderaan dengan masalah teknikal yang berpotensi membahayakan, mengancam nyawa dan pengeluar akan membuat pemulihan tanpa sebarang kos kepada pemilik," kata JPJ dalam makluman di laman media sosial rasmi.

JPJ berharap kerjasama di antara pemilik-pemilik kenderaan dan juga pengeluar dapat menjayakan aktiviti pemanggilan semula itu supaya penamatan aktiviti pemanggilan semula dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.


https://www.bharian.com.my/bisne ... s-benz-suzuki-honda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2024 08:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2024 08:18 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 11-9-2024 08:45 PM










Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols bawak maibi jahh
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut sejarah.proton perodua pernah kena recall tk?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb bkn jenama tempatan jd sendu je thread ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2024 08:29 AM | Show all posts
lobai2 cepat lah hantor servis..klaim kt gomen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.255659 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list