View: 35373|Reply: 74
|
[Tempatan]
Bekas pelumba GP Malaysia, Elly Idzlianizar maut akibat ditetak
[Copy link]
|
|
Edited by antikorok at 12-9-2024 10:22 PM
UTAMA
Bekas pelumba GP negara meninggal dunia
PELUMBA yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar, 40 meninggal dunia, semalam. FOTO Ihsan Cub Prix
Kuala Lumpur: Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Perkembangan mendukacitakan itu dikongsikan adik Allahyarham, Elly Idzliaikmal Elias di laman sosial miliknya.
"Selamat jalan abang ku #16. Semoga tenang di negeri abadi abang sayangku. Moga ditempatkan di syurga. Tunggu kami di sana abang. Nanti kita jumpa di sana abang," kongsi Elly Idzliaikmal.
Berjaya menjulang beberapa kejuaraan bersama pelbagai pengeluar antaranya Yamaha, Honda dan Suzuki, Allahyarham turut terpilih menyertai program pencarian pelumba 'wildcard' negara untuk beraksi di Grand Prix Malaysia pada tahun 2009.
Berikutan bakat dimilikinya, Allahyarham terpilih untuk menyertai program berkenaan bersama Zulfahmi Khairuddin dalam kelas 125cc bersama pasukan Air Asia.
Dikenali sebagai pelumba yang berbakat besar, Allahyarham mula mencipta nama di arena perlumbaan tempatan Cub Prix.
Selepas menggantung sut lumbanya, Allahyarham juga pernah menceburkan diri dalam arena pengacaraan dan menjadi pengulas perlumbaan bersama Cub Prix.
Selain itu, Allahyarham turut memiliki buku autobiografi bertajuk Evolusi Elly 'Daripada rempit kepada juara' yang diterbitkan pada tahun 2010.
Jenazah Allahyarham difahamkan dihantar ke Hospital Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat bagi menentukan punca kematiannya.
Terkini: Bekas pelumba GP Elly Idzlianizar maut akibat ditetak
Disiarkan pada: September 12, 2024 @ 9:04am
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ara-meninggal-dunia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 12-9-2024 02:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
UTAMA
Bekas pelumba GP Elly Idzlianizar maut akibat ditetak
Aizat Sharif
[email protected]
YUSHARIFUDDIN (dua kiri) menunjukkan gambar suspek dan senjata yang digunakan dalam kejadian pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias di Kangar. FOTO Luqman Hakim Zubir
Kangar: Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.
Kejadian dipercayai berlaku antara 9 hingga 10 malam, Selasa lalu, apabila mangsa dipercayai pergi ke rumah lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Kangar.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat pada 11.13 malam yang memaklumkan berlakunya pergaduhan di taman perumahan berkenaan.
"Berdasarkan maklumat yang kita terima berlaku pergaduhan membabitkan empat individu termasuk mangsa di laluan masuk persimpangan jalan Taman Behor Gonchar Jaya.
Disyorkan
"Apabila anggota polis sampai di tempat kejadian, didapati mangsa dan tiga lagi individu yang terbabit dalam pergaduhan itu sudah pun dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan.
"Mangsa (Elly Idzlianizar) bagaimanapun meninggal dunia sekitar 12.30 tengah malam semalam akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan tangan dipercayai kerana ditetak menggunakan senjata tajam," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, hari ini.
Katanya, susulan daripada itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kangar dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis menahan tiga lelaki berusia antara 28 hingga 51 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu di beberapa lokasi di Kangar.
"Semasa penahanan dibuat juga, kita turut merampas telefon bimbit, perakam video digital dan sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.
"Siasatan lanjut yang dibuat mendapati mangsa meninggal dunia kerana mengalami sekitar 10 hingga 12 kesan tetakan pada badan di mana satu kesa tetakan di bahagian tangan kanan, tiga di bahagian tangan kiri dan tujuh hingga lapan kesan tetakan di bahagian belakang badan mangsa.
"Malah, keputusan bedah siasat yang dibuat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar juga mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian bermula apabila mangsa yang berada dalam keadaan marah cuba mencari suspek utama berusia 51 tahun di kediamanannya di taman perumahan itu.
"Mangsa tiba ke rumah suspek dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru namun suspek tiada di rumah dan hanya anak dan isterinya sahaja yang ada.
"Mangsa beredar namun terserempak dengan suspek di laluan masuk persimpangan jalan taman perumahan itu dan tercetuslah pergaduhan dan pergelutan yang disertai dua lagi lelaki termasuk anak suspek pertama yang berusia 31 tahun.
"Kita difahamkan mangsa dan suspek saling mengenali dan sering berurusan antara mereka mengenai perkara yang tidaklah sehingga membawa kepada pergaduan seperti semalam namun setakat ini, motif dan penyebab berlakunya pergaduhan masih disiasat," katanya.
Yusharifuddin berkata, pihaknya turut menyiasat sekiranya wujud unsur kongsi gelap dan gangster dalam pergaduhan itu kerana suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.
"Daripada saringan ujian air kencing yang dijalankan mendapati hanya suspek utama positif dadah manakala semakan kita mendapati suspek utama mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan cubaan membunuh dan dadah.
"Suspek kedua berusia 28 tahun dan bekerja sebagai buruh di Arau pula mempunyai 12 rekod jenayah membabitkan pelbagai jenayah dan dadah manakala suspek ketiga yang berusia 31 tahun yang juga anak kepada suspek pula mempunyai lima rekod lampau membabitkan pelbagai jenayah dan dadah," katanya.
Bekas pelumba GP negara meninggal dunia
Disiarkan pada: September 12, 2024 @ 2:01pm
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... maut-akibat-ditetak |
|
|
|
|
|
|
|
mak aih...gengster melayu mana plak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Anak beranak ada rekod jenayah lampau dan dadah. Iman mungkin tidak diwarisi tapi dna samseng yes.
|
|
|
|
|
|
|
|
gangster melayu perlih ni. biasanya gengster melayu ni berani samseng, berani gaduh, berani pukul dan berani bunuh dengan bangsa sendiri saja.kalau dengan bangsa lain tak berani.
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 12-9-2024 03:00 PM
mak aih...gengster melayu mana plak ni
gengster...yg berani sesama melayu jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Semua suspek ada kes jenayah & dadah
Apa dealing deols nih ye.. susss |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam tertanya2 jugak arwah meninggal sebab apa. INgatkan accident motor sebab nampak gambo kat tengah jalan. Arwah datang serang sorang2, jadik lauk la..
dah ah biasanye jockey2 ni badan kecik, kurus kan..dah ajal mcm tu. Semoga Allah ampunkan dosa2 arwah dan kita semua. amiin
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg rekod jenayah smpi berbelas2 tak mampus pulak ye...betul la org cakap..org jahat ni lambat mati |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullah siap berpedang samurai lagihhhh
Memasing punya background xleh blah btol..
Aje giler membayangkan arwah ditetak bertalu2 dgn pedang samurai panjang tu dgn darah byk berjejeran.... |
|
|
|
|
|
|
|
gengster mcm ni kerajaan patut kutip dan hantar ke gaza
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai betul yg ada past history jenayah bergentayangan dgn bebas merata sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
uishhh mati sbb gaduh rupanya. ingatkan eksiden ke apa.. btw x yah la tutup muka suspek tu |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 12-9-2024 03:31 PM
gengster mcm ni kerajaan patut kutip dan hantar ke gaza
kenapa gaza..tu long tiger..ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kerajaan nak tembak mati pesalah dadah berulang? Siap berbelas rekod jenayah. Hidup di kalangan masyarakat menyusahkan orang. |
|
|
|
|
|
|
|
smlm baca meninggal..ingatkan sbb sakit atau accident rupanya kena tetak baii.
Gaduh psl apa pula ni?
Huhu..
Salam takziah buat keluarga arwah |
|
|
|
|
|
|
|
antikorok replied at 12-9-2024 02:56 PM
UTAMA
Bekas pelumba GP Elly Idzlianizar maut akibat ditetak
Gila la. Pedang samurai tuu. Dah la ada rekod jenayah dan dadah |
|
|
|
|
|
|
| |
|