CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 51974|Reply: 55

Diva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, 'Jangan kurang ajar... bahlol'

[Copy link]
Post time 13-9-2024 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 13-9-2024 04:00 PM

Selebriti sensasi Azwan Ali menggesa pihak pengurusan Hot FM memohon maaf gara-gara penyampai radionya menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika bersiaran baru-baru ini.

Menafikan dirinya penyokong tegar Anwar, Azwan sebaliknya berkata, mana-mana penyampai radio di stesen tidak wajar menjadikan pemimpin negara sebagai lelucon melalui wadah berkenaan.

Lebih menumpukan kemarahannya kepada penyampai sambilan stesen radio itu, Khairy Jamaluddin, Azwan berkata kedudukan seseorang tidak mewajarkan sesiapa untuk menjadi biadab.

“Kepada KJ (Khairy), jangan kurang ajar. Ingat jadi menantu Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) kau boleh buat sesuka hati.

“Aku tak suka juga Anwar Ibrahim tapi aku bukan barua atau penjilat dia. Tapi aku tak kutuk pemimpin dalam siaran langsung macam itu.

“DJ lain pun mengilai ketawa (selepas Anwar disindir)... memanglah rakyat marah. Jangan ingat kau seorang benci Anwar Ibrahim sedangkan yang lain sokong dia.

“Yang aku nak marah kenapa padam video berkenaan? Tampillah minta maaf,” ciapnya di X.

Azwan merujuk kepada klip video yang sempat tular memaparkan Khairy menguar-uarkan 'manifestonya' sebagai calon untuk anugerah penyampai radio popular sebuah akhbar.

Aksi spontan dan secara langsung di bilik konti radio itu menyaksikan Khairy mengucapkan kata-kata yang pernah diungkapkan Anwar sewaktu berkempen sebagai pembangkang.

Tiga penyampai Hot FM yang bersama Khairy ketika itu - Johan, AG dan Fara Fauzana - menyambut olokan bekas ketua Pemuda Umno Malaysia itu dengan ketawa berdekah-dekah.

Apabila klip tersebut tular, sesetengah pihak menyatakan rasa berang kerana mereka mentertawakan seorang pemimpin negara dan mengajak orang ramai memboikot stesen radio milik Media Prima tersebut.

Menurut Azwan, 58, dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyampai di stesen radio berkenaan namun menganggap tindakan Khairy tidak boleh diterima.

Diva (Azwan) pernah gegar Hot FM, tak ada masalah dengan mereka atau marah Fara Fauzana, Johan atau AG.

"Yang aku marah ialah KJ (Khairy) dan pihak pengurusan,” katanya.

MalaysiaKini


KJ, KJ, KJ

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2024 12:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 09:17 AM | Show all posts
kj cakap apa? sori, iolls tetinggal ketapi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 09:37 AM | Show all posts
sometime we just need people like diva AA
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 09:41 AM | Show all posts
tuan punya badan ileks ja, fonen ni lak meroyan dgn harapan dapat la job dari fami
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 13-9-2024 09:37 AM
sometime we just need people like diva AA

Setuju!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:58 AM | Show all posts
Elektrik dah sambung ke rumah dia ni? Haritu kata pindah hotel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaikk Dibahh!!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 11:12 AM | Show all posts


.. matilah klu diva bersuara haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 11:25 AM | Show all posts
Tapi betul jugak kata Diva AA. Selama ni dorg duk buat lawak bodoh, kj kata apa semua ketawa, radio  dah jadi caca merba. Betul apa Linda Onn cakap
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai fans kau kan aa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ponen sedang cubo sabotaj DJ ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Laah..apa nak sensitif sangat. Najib dlu bang non dan geng siap buat lawak mcm², masa bang non gado dgn mhathir, mcm² dia kutuk org tua tu. Rileks je semua. Bukan KJ hina pon, cuma ulang ayat yg sama je. Kalau ko terasa, maksudnya ko cakap benda tipu la dlu.

Sori..aku side KJ.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 12:13 PM | Show all posts
walaupun iols tak kenan dengan si KJ tu, tapi kau diva AA lagi banyak kurang ajar nya... dah lupa kau maki2 staf hospital masa covid dulu? kau ada cermin tak? kau sekolah takkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 12:17 PM | Show all posts
kah..kah...
harap lepas ni pmx boleh lah pattern kan perkataan ''saya ulammmm..." ''hari ni saya menang...'' sedagha-sedagha...''...

sesiapa yang guna perkataan tsebut dgn tonasi yg sama boleh la didakwa kerana melanggar hakcipta....

...malu apa bossku......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedagha sedagha tu iols ingt orang sindir najib. Sbb najib pun ada ckp gitu. Murni sungguh otak iols rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 12:36 PM | Show all posts
ashilalat replied at 13-9-2024 12:04 PM
Laah..apa nak sensitif sangat. Najib dlu bang non dan geng siap buat lawak mcm², masa bang non gado ...

setuju apa yg u cakappp...sebelum nie ok jer kalau ada org ckp...tetiba yg nie sentappp pulakkk...aduhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 12:36 PM | Show all posts
mahafiraun maha kaya maha maha semua dia duk keji orang. kena batang idung sendiri pdahal memang ayat yg dia sendiri ucap, kenapa nk terasa??? sebab ucapan tu menipu semata2 khuenst ??????? itupun ad lg yg bodoh sokong bangnon
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot diva aa mulut bontot ayam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.851962 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list