ALBUM: Para pemenang pada acara itu merakamkan gambar kenangan bersama Razali (tengah) dan Abqaree (tujuh kiri).
KOTA KINABALU: Peruntukan Khas Interim untuk Sabah yang dinaikkan kepada RM600 juta berbanding RM300 juta tahun ini perlu dirasai setiap rakyat khususnya di negeri ini.
Pengerusi Smart Sabah Datuk Razali Razi berkata, pengumuman itu adalah satu berita baik untuk rakyat negeri ini tetapi pemberian tu selalunya subjektif terhadap tuntutan 40 peratus.
"Itu adalah pembayaran interim bukan kekal...kita akan teruskan dengan tuntutan 40 peratus," katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Idola Darau 2024 di sini, semalam.
Berkaitan program diadakan, Razali berkata, ia dianjurkan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Darau dan Majlis Belia Sabah (MBS).
Katanya, ia merupakan program baik untuk mencungkil bakat yang golongan belia di Darau.
"Kita tahu selama ini Darau mempunyai bakat dan hari ini kita sediakan pentas untuk mereka mempersembahkan bakat masing-masing.
"Pentas seumpamanya mungkin boleh disediakan oleh MBS pada masa hadapan dan kita di Smart Sabah akan sentiasa membantu," katanya.
Hadir sama ialah PPM Darau Abqaree Fawwaz Abekan serta tetamu kehormat yang lain.
|