CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40011|Reply: 0

[Jenayah] Remaja ditipu RM2,000 beli motosikal RXZ di TikTok

[Copy link]
Post time 17-9-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Remaja ditipu RM2,000 beli motosikal RXZ di TikTok
Oleh Zatul Iffah Zolkiply - September 17, 2024 @ 5:58pm

Gambar hiasan RXZ

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja berputih mata apabila bukan sahaja gagal membeli motosikal Yamaha RXZ diidamkan, tetapi turut menanggung kerugian RM2,000 selepas menjadi mangsa penipuan menerusi aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata kejadian bermula apabila remaja lelaki berusia 18 tahun itu melihat penjualan motosikal Yamaha RXZ dengan harga RM4,000 yang diiklankan di aplikasi TikTok oleh akaun 'motosikal trusted malay', pada jam 3 petang kelmarin.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan iklan itu kemudian berurusan dengan nombor yang disediakan di aplikasi WhatsApp sebelum bersetuju untuk membeli motosikal berkenaan.

Beliau berkata, mangsa membuat pembayaran RM2,000 sebagai bayaran deposit pada jam 4 petang hari yang sama ke dalam satu akaun yang diberikan.

"Bagaimanapun, mangsa berasa curiga apabila penjual memintanya membuat bayaran penuh bagi pembelian sebelum membuat semakan akaun kedai itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati, ia adalah 'scammer' dan mangsa yang berasa tertipu dalam urusan itu kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.041513 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list