CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42857|Reply: 111

[Tempatan] Sindiket 'counter setting' KLIA: RM800,000 ditemui di kediaman 2 pegawai Imigresen gred rendah

[Copy link]
Post time 18-9-2024 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Sindiket 'counter setting': RM800,000 ditemui di kediaman 2 pegawai Imigresen gred rendah
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - September 18, 2024 @ 2:50pm
[email protected]


Azam melihat barangan rampasan pada sidang media Ops Setting di ibu pejabat SPRM hari ini. - BERNAMA


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan penemuan wang tunai hampir RM800,000 dalam serbuan di kediaman dua pegawai Imigresen bergred rendah yang terbabit sindiket 'counter setting'.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata selain RM518,250 dalam bagasi di bilik tidur pegawai wanita Imigresen Gred KP22 di kediamannya di Pahang, pihaknya turut menemui wang tunai RM248,443 yang disimpan di bawah katil bilik utama pegawai Imigresen lelaki Gred KP19 di rumahnya di Melaka.

Jumlah yang ditemukan dalam dua serbuan itu, katanya adalah sebahagian daripada keseluruhan wang tunai RM1.49 juta yang disita daripada penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket 'counter setting'.

"Sepanjang operasi ini, SPRM turut menyita wang tunai AS$9,900 (RM41,990) serta 5,470 Bath (RM696)," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Selain tunai, Azam berkata, pihaknya turut menyita 27 keping dinar emas seberat 575.75 gram dengan anggaran nilai melebihi RM200,000 daripada pegawai Imigresen Gred KP22 di Negeri Sembilan.

Sepanjang operasi terbabit, katanya pihaknya juga menyita 22 kenderaan membabitkan sembilan kereta dan 13 motosikal, selain lebih 75 barangan kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket dan subang serta 12 jam tangan pelbagai jenama.


SPRM turut membekukan 215 akaun bank milik 16 syarikat dan 84 individu dengan nilai pembekuan melebihi RM3.6 juta.

Dalam pada itu, Azam mendedahkan modus operandi 'counter setting' adalah sindiket mempromosikan pakej untuk masuk ke Malaysia menerusi platform media sosial khususnya Facebook dan Telegram.

Katanya, ejen akan menghubungi pegawai Imigresen menerusi aplikasi WhatsAapp untuk mendapatkan tarikh sesuai membolehkan kumpulan warga asing datang ke Malaysia sebagai pelancong.

"Pegawai Imigresen kemudian akan memberikan 'green light' (lampu hijau) jika tarikh berkenaan sesuai.

"Ejen atau sindiket akan memberikan butiran pasport dan gambar kumpulan warga asing yang akan tiba menerusi WhatsApp kepada pegawai Imigresen terbabit.

"Pegawai itu akan memberikan maklumat nombor 'kaunter khas' yang perlu dituju oleh kumpulan warga asing untuk pelepasan masuk ke Malaysia," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2024 04:22 PM | Show all posts
Seludup warga asing: Pegawai kanan Imigresen didakwa bulan depan
Bernama
Diterbitkan:  Sep 18, 2024 3:33 PM



Dalang utama, yang juga seorang pegawai kanan imigresen 'berpengaruh' dalam sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi 'counter setting' akan didakwa di mahkamah awal bulan depan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata suspek berumur awal 40-an itu yang berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selama 20 tahun telah ditahan pada 5 Sept lepas selepas meloloskan diri ketika operasi dijalankan sebelum ini.

"Suspek yang kita tangkap ini, adalah dalang utama, dia mengawal lebih kurang 50 pegawai (imigresen) sebab dia yang berpengaruh.

"Dia menjadi 'focal person' (individu utama) sebagai perantara kepada hampir semua pegawai imigresen, supaya melaksanakan arahan yang diberikan olehnya," katanya pada sidang media khas, di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, empat ejen lain yang terlibat juga akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Azam berkata bagi pegawai imigresen yang terlibat tetapi tidak didakwa, tindakan punitif akan dicadangkan kepada JIM untuk mencegah kejadian serupa di masa depan.

Beliau mendedahkan bahawa pembayaran rasuah dilakukan secara tunai oleh dalang utama kepada pegawai imigresen dan juga melalui ejen yang menerima wang rasuah daripada warga asing.

Katanya SPRM masih belum dapat mengenal pasti warga asing dan ejen yang terlibat, dan siasatan lanjut akan menjurus ke arah usaha mengenal pasti mereka.

Beliau berkata SPRM mempunyai maklumat mengenai seorang warga Bangladesh yang menjalankan perniagaan di sini, dan siasatan lanjut serta tangkapan akan dilakukan sekiranya maklumat yang diperoleh mencukupi.

Ditanya sama ada dalang utama mempunyai kaitan dengan warga Bangladesh itu, Azam berkata kemungkinan besar ada kaitan memandangkan maklumat yang diterima menunjukkan bahawa beliau mengatur ejen di Bangladesh untuk mencari pekerja-pekerja yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

- Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengkhianat negara..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:33 PM | Show all posts
maka benarlah pepatah anak2 imigresen tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:35 PM | Show all posts
Mana muka2 penjenayah tu? Letak terus la kat frontpage tak payah nak cover2 tutup aib segala..sbb tu jenayah menjadi2 sbb manusia ni tak takut hukuman, diorg lebih takut kalau muka keluar media..cuba tengok criminals bila pi mahkamah mostly gigih tutup muka kecuali yg ada mental problem



Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah berpuluh² mcm tu blh buat satu department baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2024 04:37 PM | Show all posts
Durjana sungguh..harapnya penjara seumur hidup manusia gini
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupanya bawa masuk pengganas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 04:49 PM | Show all posts
yg menjadi gunting dlm lipatan sebenarnya bangsa melayu itu sendiri...tak padan dgn kulit sawo matang muka jawa ular sawo
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 18-9-2024 05:30 PM

Pengkhianat negara ni mesti yg jenis berdegar pekik ketuanan  melayu isle kehulu kehilir kan . ujung2????
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Mengaum wang ringgitnyaa
Dahsyat...
Tak sempat sopink
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:10 PM | Show all posts
Laknatullah..Kesalahan ini wajar dihukum gantung sampai mati aje
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:24 PM | Show all posts
Dalam semua senarai barang-barang yang dirampas, takde satu pun yang berupa makanan.

So, betullah kata-kata mereka (yakni pengamal imbuhan penggalak yang muslim) kalau main rasyuah jangan beli barangan bentuk makanan supaya tidak menjadi darah daging anak cucu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:26 PM | Show all posts
Ehh..ehh... kompem muslim ke semua tu?
Kalau tak, sila abaikan tulisan di atas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:27 PM | Show all posts
pengkhianat! utk yg org melaka tu.. elok kau ni kne maki smpai bernanah telinga kau musibat! laknat betul laaa.. kau miskin sgt ke smpai buat keje ni... eh bebal
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
patah tumboh hilang bganti
dua tiga kucing mengiau
mana nak sama ayam bkokok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 18-9-2024 05:02 PM
Pengkhianat negara ni mesti yg jenis berdegar pekik ketuanan  melayu isle kehulu kehilir kan . ujung ...

Bukan.
Yg paling hingaq bab cop halal jakim
Mencari yg halal itu fardhu katanyehhhhhhh
Tp perot knyang mkn rasuah xpa plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_almondpecan at 18-9-2024 05:54 PM

Dah berapa lama dah dengar pasal benda ni. Cuba tanya MAB ada pernah tak nak letak cctv kat kaunter imigresen. Ada tak diaorang setuju?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kah gaji dah naik???
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:57 PM | Show all posts
Edited by silance at 18-9-2024 05:59 PM

"Katanya SPRM masih belum dapat mengenal pasti warga asing dan ejen yang terlibat, dan siasatan lanjut akan menjurus ke arah usaha mengenal pasti mereka."

Berita keluar biasanya hanya penerima saja yang ditangkap. Pemberi rasuah last sekali kena tangkap.
Dalam kes ni, kepit besi panas kat telo/ketet (tak tau laki ka pompuan ketua dia tu) sampai genting kalau tak nak cakap sapa pemberi rasuah celaka itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 1.050118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list