CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17657|Reply: 3

Portugal keluar syiling khas Cristiano Ronaldo dengan nilai €7 euro (RM33)

[Copy link]
Post time 20-9-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode





LISBON  – Portugal mengumumkan pengeluaran duit syiling khas dengan nilai €7 euro (RM33) yang menampilkan wajah bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo, lapor laman berita Inside World Football semalam.


Pakar logam syarikat Pacific Precious Metals, Dan Barrett berkata, syiling istimewa itu diinspirasikan daripada nombor jersi ikonik bintang bola sepak tersebut.


“Permukaan syiling ini menampilkan wajah pemenang lima kali anugerah berprestij, Ballon d’Or (Ronaldo) ini bersama perkataan ‘CR7’ di atasnya.


“Keputusan mengeluarkan syiling ini dibuat bagi meraikan kerjaya Ronaldo yang cemerlang,” kata Barrett.


Pemain berusia 39 tahun itu menjaringkan 130 gol untuk Portugal, selain menjuarai Euro 2016 dan menjulang trofi Liga Negara-Negara bersama A Selecao pada 2019.


Ronaldo juga muncul orang pertama yang memiliki lebih 1 bilion pengikut di media sosial.


Tambah Barret, nilai syiling itu dijangka melambung tinggi dan bakal menjadi ‘tumpuan besar’ dalam kalangan pengumpul dan peminat.


“Dengan status Ronaldo sebagai antara atlet paling dikenali di dunia, syiling Euro CR7 ini dijangka menarik tumpuan luar biasa.


“Berdasarkan kandungan emas syiling itu dan pengikut Ronaldo di seluruh dunia, kami menjangkakan syiling terhad  ini akan dapat dijual sehingga AS$150,000 (RM631,452) di pasaran,” tambahnya. – AGENSI




Sumber – Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2024 03:42 PM | Show all posts
wow
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.044124 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list