CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21447|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut ditetak selepas bantu jiran lapor polis

[Copy link]
Post time 21-9-2024 01:04 AM | Show all posts |Read mode

KENINGAU: Niat baik seorang lelaki membantu jiran membuat laporan polis berakhir tragedi apabila ditetak dalam kejadian di Jalan Lingkudau di sini malam Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 58 tahun dilaporkan maut akibat cedera parah di tangan selepas ditetak oleh suami jiran yang dibantunya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Alizam Dalaman berkata, hasil siasatan awal, berlaku pertengkaran antara suspek iaitu lelaki berusia 40 tahun dan isterinya.

Katanya, isteri suspek dikatakan lari ke rumah jiran iaitu rumah mangsa sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Keningau.

"Mangsa dan isterinya sendiri membantu isteri suspek membuat laporan polis di Balai Polis Keningau.

"Namun setibanya di balai, mangsa dihubungi anaknya yang berusia 25 tahun dan memaklumkan suspek dalam keadaan marah di hadapan rumah mereka," katanya ketika dihubungi.

Alizam berkata, mangsa kemudiannya bersama seorang lagi anak lelakinya yang berusia tujuh tahun balik ke rumah menaiki kenderaan untuk melihat keadaan sebenar.

Katanya, isteri suspek pula turut pulang ke rumah dengan berjalan kaki untuk meredakan kemarahan suspek.

"Ketika dalam perjalanan balik ke rumah, mangsa berjumpa dengan suspek dan berlakunya pertengkaran antara mereka.

"Suspek dilaporkan terus menetak tangan mangsa sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan teruk dihadapan anak mangsa sendiri yang duduk di tempat duduk penumpang," katanya.

Alizam berkata, isteri suspek yang tiba bersama anggota peronda unit kereta peronda (MPV) kemudiannya menemukan mangsa yang cedera parah.

Katanya, anggota MPV juga segera memaklumkan kepada pihak hospital untuk memberi bantuan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Suspek bertindak melarikan diri dan usaha memburunya sedang giat dilakukan oleh pihak polis.

"Punca pergaduhan antara suspek dan mangsa adalah disebabkan rasa tidak puas hati atau cemburu suspek terhadap mangsa yang telah menolong isterinya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/09/20/lelaki-maut-ditetak-selepas-bantu-jiran-lapor-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.041779 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list