CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7984|Reply: 2

[Tempatan] Bila pemimpin PAS naik 'Tambang Murah'

[Copy link]
Post time 21-9-2024 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-9-2024 04:00 PM

Air Asia Perlu Perbaiki Perkhidmatan.

Pagi ini saya bergegas ke KLIA 2 untuk pulang ke kawasan di Kubang Kerian bagi menghadiri program yang telah diatur. Namun ia sangat mendukacitakan apabila penerbangan ke Kota Bharu yang dijadualkan pada 8.35 pagi ditunda ke jam 11.00 pagi. Hal ini menyebabkan ketidakselesaan penumpang menunggu lama kerana terpaksa datang awal sejam sebelum berlepas.

Melihat paparan di skrin, hampir 10 destinasi penerbangan yang telah ditunda pada pagi ini sahaja. Sebagai penerbangan tambang murah terbaik dunia, saya merasakan Air Asia perlu memperbaiki mutu perkhidmatan mereka. Saya kerap menggunakan perkhidmatan Air Asia dan dapat melihat bahawa isu penerbangan yang tertunda mutakhir ini kerap berlaku . Terbaharu, penerbangan saya Surabaya-Kuala Lumpur semalam pun turut alami perkara yang sama. Banyak rungutan penumpang menyatakan hal yang sama.

Kelewatan begini sangat menjejaskan jadual kepada mereka yang mengambil penerbangan sambungan ke destinasi lain serta kepada mereka yang mempunyai komitmen dengan program penting. Lebih lagi ia akan menyebabkan kerugian besar kepada mereka yang mempunyai mesyuarat penting dan juga temuduga.

Selain isu pakaian pramugari yang ‘kurang sopan dan tidak mencerminkan budaya timur’, Air Asia hampir tiada masalah besar; dan seandainya ia boleh memperbaiki perkhidmatan terutama jadual penerbangan yang kerap tertunda, saya yakin Air Asia akan terus berkembang sebagai Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Ahli Parlimen Kubang Kerian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2024 11:38 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik tumpang lori balak ikut Gua Muse lah lobai..tu pon nak kena ajar??





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.387659 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list