CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40057|Reply: 9

[Jenayah] [VIDEO] PATI sengaja lompat ke arah kenderaan bergerak ditahan polis

[Copy link]
Post time 22-9-2024 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 22-9-2024 11:11 PM

MUTAKHIR

Pati sengaja lompat ke arah kenderaan bergerak

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
[email protected]



Lelaki warga asing ditahan selepas disyaki sengaja melompat ke arah kenderaan yang sedang bergerak sehingga mengakibatkan kemalangan. FOTO Ihsan PDRM


Kajang: Seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan kerana disyaki sengaja melompat ke arah kenderaan yang sedang bergerak sehingga mengakibatkan kemalangan di Bandar Sungai Long, di sini Selasa lalu.

Kejadian itu tular selepas rakaman kamera papan pemuka memaparkan seorang lelaki berbaju merah berdiri di bahu jalan dan tiba-tiba melompat ke arah sebuah kenderaan yang sedang bergerak lalu terjatuh akibat dilanggar kenderaan terbabit.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata suspek yang juga seorang pekerja pembersihan ditahan di sekitar Bandar Sungai Long, di sini jam 6 petang hari ini.

"Kejadian dipercayai berlaku pada 11.53 pagi, 17 September lalu membabitkan seorang lelaki berbaju merah dan berseluar hitam.


"Suspek yang hanya mengalami kecederaan ringan meninggalkan tempat kejadian sebelum sempat mengambil butiran atau pengenalan dirinya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua kenderaan mengalami kerosakan akibat daripada perbuatan lelaki warga asing berusia 32 tahun berkenaan.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan tahap kesihatan mental suspek berkenaan belum dapat ditentukan setakat ini manakala ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain yang boleh dihukum penjara tiga bulan atau dengan RM500 atau keduanya sekali.


"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamed Faeez Norzah di talian 0132663407.

Disiarkan pada: September 22, 2024 @ 9:02pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kenderaan-bergerak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2024 11:07 PM | Show all posts
NASIONAL

Warga asing sengaja lompat ke arah kereta ditahan polis

22 September 2024, 9:34pm



FOTO: PDRM

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan


PETALING JAYA: Lelaki warga asing yang dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba sehingga mendatangkan bahaya sekaligus mengakibatkan kemalangan jalan raya di Bandar Sungai Long, Kajang yang tular baru-baru ini ditahan polis.


Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, suspek berusia 32 tahun yang juga bekerja sebagai tukang cuci itu ditahan di sekitar Bandar Sungai Long, jam 6 petang tadi.


Pihaknya sebelum ini telah mengesan satu video tular berdurasi 14 saat memaparkan seorang lelaki melintas jalan lalu melompat ke arah kenderaan yang bergerak sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.



FOTO: PDRM


“Kejadian dipercayai berlaku pada jam 11.53 pagi, Selasa lalu.

“Lelaki berbaju merah dan berseluar hitam dipercayai bukan warga negara telah meninggalkan tempat kejadian dengan kecederaan ringan. Tiada sebarang butiran atau pengenalan diri diperoleh.

“Motif masih dalam siasatan. Hasil ujian air kencing negatif dadah,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


https://www.buletintv3.my/nasion ... reta-ditahan-polis/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2024 11:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 04:28 AM From the mobile phone | Show all posts
nape la kau x lompat depan ketapi ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 23-9-2024 05:23 AM
Purestteam1 replied at 23-9-2024 04:28 AM
nape la kau x lompat depan ketapi ..


Ingat kan kes kat Klang sbb sblm ni byk kes pati sesaje lompat ke arah kereta kat sana.

Kalau tgk video tu, either mmg sesaja sbb nak claim duit atau mmg nak bunuh diri atau tgh high.

Apa2 pon mmg menyusahkan org lain. Nak repair kereta, nak turun naik balai polis plus otak pon jadi stress nak hadap benda mcm ni. Bukan salah kita tp tpaksa buang masa n buang duit
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 23-9-2024 05:21 AM
Ingat kan kes kat Klang sbb sblm ni byk kes pati sesaje lompat ke arah kereta kat sana.

Kalau tg ...

banyak kes kt negara cina... easy money
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2024 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat Malaysia ni mcm negara dia agaknya...boleh claim duit ugut2 mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bongok!
Rata2 pakai dashcam dah skrg ni
Lg mau buat hal
Kesian kat tuan2 kete yg xpasal2 kena accident
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat macam negara dia ke kenderaan2 skng ni. Semua pakai dash cam lah Dol. China pun dah lama tak dengar buat hal camni. Bodohlah kalau sengaja buat. Sah2 kau salah. Langgar kasi mampus terus je nak sangat mati katak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 07:54 AM | Show all posts
deport ke tak? kalau tak deport, dia buat lagi esok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.627272 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list