View: 33959|Reply: 44
|
[Jenayah]
Sebat semakin menghampiri, habislah ko dek
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 23-9-2024 12:34 PM
Saya dan Rafiq Hakim mengeluarkan wang tunai berjumlah RM1 juta daripada akaun rasmi Armada pada 6 Mac 2020 atas arahan YB Syed Saddiq
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengarahkan wang tunai berjumlah RM1 juta dikeluarkan daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) kerana bimbang berlaku pertukaran pucuk pimpinan sayap parti itu.
Bekas Penolong Setiausaha Armada, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, 32, berkata, beliau pernah dimaklumkan oleh Syed Saddiq bahawa duit dalam akaun Armada Pusat (CIMB) merupakan hasil titik peluhnya mencari sumbangan dan beliau berhak untuk menggunakan duit itu sepenuhnya.
Menurut Pegawai Khas kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin itu, satu perjumpaan diadakan di rumah Syed Saddiq yang terletak di Petaling Jaya, Selangor pada awal Mac 2020.
"Perjumpaan itu dihadiri oleh saya dan Rafiq Hakim Razali (Penolong Bendahari Armada) dan dalam perjumpaan itu, YB Syed Saddiq dan kami ada berbincang mengenai pertukaran kerajaan dan kedudukan Armada dalam kerajaan kerana YB Syed Saddiq berada dalam blok pembangkang bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"YB Syed Saddiq telah mengarahkan Rafiq Hakim dan saya supaya mengeluarkan wang daripada akaun Armada Parti Bersatu secara tunai berjumlah RM1 juta," katanya.
Ahmad Redzuan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram.
Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata, Syed Saddiq mengatakan wang itu perlu dikeluarkan daripada akaun untuk kegunaan bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai Ketua Armada Bersatu sekiranya berlaku pergolakan dalam Armada melalui program-program melibatkan sayap parti itu.
Menurut saksi, Syed Saddiq hanya memanggil beliau dan Rafiq Hakim kerana mereka pemegang amanah dan penandatangan cek CIMB Bank Armada Pusat dan perbincangan itu hanya diketahui oleh mereka bertiga sahaja.
"Semasa YB Syed Saddiq mengarahkan saya dan Rafiq Hakim mengeluarkan wang itu, beliau tidak ada memberitahu saya dan Rafiq Hakim bahawa pengeluaran wang tunai RM1 juta ini telah mendapat kebenaran atau tidak daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu," katanya yang turut memaklumkan Syed Saddiq ada memberitahu wang itu dikeluarkan untuk kegunaan parti.
Saksi itu berkata semasa di dalam bank, Rafiq Hakim ada bertanya kepadanya, "tahu tak duit ni nak simpan kat mana?" dan beliau jawab "aku cadangkan duit ni kita simpan kat rumah Mohd Daniel kerana kat rumah dia ada peti besi".
Menurut Ahmad Redzuan, Rafiq Hakim bersetuju dengan cadangannya dan setelah wang itu dikeluarkan, Rafiq Hakim membawa wang yang diisi dalam sebuah beg ke rumahnya sebelum diberikan kepada Mohd Daniel.
Ahmad Redzuan berkata, beliau mengetahui arahan daripada Syed Saddiq adalah satu kesalahan selepas dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Jun 2020 kerana melanggar Fasal 24 Perlembagaan Bersatu.
Ahmad Redzuan berkata, menurut Fasal 24 itu, Bendahari Agung hanya dibenarkan menyimpan wang tunai runcit tidak melebihi RM50,000 pada satu-satu masa dan wang itu mestilah disimpan di tempat yang selamat di dalam Pejabat Berdaftar untuk kegunaan perbelanjaan runcit parti.
Katanya, perbelanjaan yang melebihi RM500,000 pada satu-satu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperoleh terlebih dahulu daripada Majlis Pimpinan Tertinggi.
"Saya sahkan YB Syed Saddiq sendiri tidak boleh mengeluarkan wang tunai daripada akaun CIMB Bank atas nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada Pusat) tanpa mengarahkan saya dan Rafiq Hakim mengeluarkannya.
"Berhubung dengan isu RM1 juta itu, walaupun kelulusan dikeluarkan oleh YB Syed Saddiq kepada saya dan Rafiq Hakim untuk mengeluarkan wang bagi mengukuhkan kedudukannya, ianya melanggar etika tatacara pengeluaran wang daripada akaun Armada," katanya dan menambah walaupun mengetahui terdapat perlanggaran tatacara pengeluaran wang, beliau terpaksa akur dengan arahan Syed Saddiq memandangkan kapasiti beliau sebagai Ketua Armada dan juga Ahli Parlimen Muar.
Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Astro Awani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ntah hapa2 klau ada pertukaran dlm parti or kerajaan pun apa hak engko nak angkut duit tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ongtua kerepot yang sakau bilion2 rilek je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengki la tu kalau parti bertukar pemimpin dia takut orang baru guna duit sewenangnya hasil titik peluh dia kononnya. Padahal itu sumbangan orang kot..duit persatuan bukan hak kau. Kau turun takhta pun bukan bawak sekali duit2 masa kepimpinan kau |
|
|
|
|
|
|
|
maklukpenggoda replied at 23-9-2024 08:05 AM
sebat??? damn berbirat montot dah la muda lagi
iols dah cakap dulu saddiq ni bukan cerdik pon, jadi toy je pada atuk untuk political move..baik kau sambung study kat harvad ke mana dulu, kot2 balik jadi cerdik sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Tashabar nak lehat bontot gebus syed saddiq sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
_kelly replied at 23-9-2024 08:17 AM
sebat??? damn berbirat montot dah la muda lagi
iols dah cakap dulu saddiq ni bukan cerdik pon, jad ...
Belajar pandai2 pun klau join politik teruih jd auto bodoh....cth wak waslan & kj |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bukak company masyuk budak ni. Pandai mintak derma. Nasib la ko dek sapa suruh nak jadi wakil rakyat sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Cina2 kalau derma memang gila2. Guard sekolah anak aku meninggal, cina2 derma 300 sorang, 1000 sorang. Paling koman 100. Gila betul. Guard aje pun tapi ramai2 derma. |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 23-9-2024 09:27 AM
Belajar pandai2 pun klau join politik teruih jd auto bodoh....cth wak waslan & kj
ahh betul jugak ni..kelabu mata nampak duit banyak sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan…
ke dalam! |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 23-9-2024 08:44 AM
Tashabar nak lehat bontot gebus syed saddiq sissy.
uols ke yg tukang sebat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 23-9-2024 01:06 PM
bagus kan.
moga ramai lagi orang melayu yang boleh ikut culture org cina.
setiap kali berlaku kematian, derma ramai2 pada keluarga waris,
dan berdoa cara masing2 pada si mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
highlight yg jadi perhatian ialah adakah bontot sadiq akan berjaya dirotan nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
_kelly replied at 23-9-2024 08:17 AM
sebat??? damn berbirat montot dah la muda lagi
iols dah cakap dulu saddiq ni bukan cerdik pon, jad ...
Dia dpt oxpod dolu2.. rugi tak sambung blajaq masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Abislahh...mesti lunyai bontot gebu heol kena babab |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 23-9-2024 03:09 PM
Dia dpt oxpod dolu2.. rugi tak sambung blajaq masa tu
oo oxford ke, ingatkan harvard..kan rugi tak sambung belajar..peluang bukan nak dapat selalu kecuali kau berduit dan berkabel la |
|
|
|
|
|
|
| |
|