CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32972|Reply: 8

DJ Sonic dalam senarai 10 Penyampai Radio Popular

[Copy link]
Post time 23-9-2024 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by khairulikhwan at 23-9-2024 12:14 PM



KUALA LUMPUR, 17 September- DJ Sonic atau nama sebenarnya, Awang Suffian Awang Hussein, 45, tidak menyangka bahawa namanya sekali lagi berada dałam kelompok 10 Penyampai Radio Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 36.

Anak kelahiran Kapit, Sarawak itu juga menyatakan perkhabaran gembira itu hanya diketahui setelah menerima kiriman daripada sahabatnya yang menghantar pautan mengenai pencalonan tersebut.

“Sebenarnya saya tidak menjangkakan pun untuk tahun ini akan berada dalam kelompok 10 popular. Tahun lepas merupakan satu rahmat besar buat saya apabila layak ke kumpulan lima popular.

“Sekarang ini saya hanya melakukan yang terbaik. Menang atau kalah tidak menjadi masalah kepada saya. Ini merupakan satu persaingan yang sihat dalam kalangan industri seni,” katanya ketika dihubungi RTM.

DJ Sonic yang pernah tercalon dalam kategori sama pada ABPBH 24 iaitu pada tahun 2011 menyifatkan untuk berada dalam kelompok berkenaan tidak mudah memandangkan nama calon untuk kategori itu mempunyai kelebihan masing-masing.

“Saya cuma menggandakan usaha untuk bersaing dengan sihat. Apapun dua tahun ini mungkin rezeki saya, jadi saya tetap usaha meneruskan kempen sempena ABPBH 36 ini,” kongsinya gembira.


Jejaka yang kini bertanggungjawab mengendalikan segmen Nasional Pagi, 3 Suara, di NasionalFM bersama-sama dua lagi penyampai DJ Nazri dan DJ Dyya Nawai berasa bangga kerana menjadi wakil tunggal RTM dalam anugerah berprestij itu.

“RTM telah memberikan platform kepada saya untuk mengetengahkan bakat, jadi inilah peluang yang saya gunakan untuk terus menyampaikan informasi dan mendekati para peminat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pengacara dan penyampai radio itu turut menerima undangan daripada pelbagai syarikat dan orang perseorangan untuk mengemudikan pelbagai acara.

“Sebab itu kalau ada orang yang pertama kali bekerjasama dengan saya tidak serik untuk memanggil saya untuk kali seterusnya. Sebab ini adalah minat dan kesukaan saya,” kata jejaka kelulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak itu.

Sama seperti individu lain, DJ Sonic menyifatkan 25 tahun karier yang dibina mepunyai pasang dan surutnya namun ia bukan penghalang untuk terus positif dalam mengemudi kerier di sebuah stesen kerajaan.

Berada sebaris dengan nama besar dalam kategori berkenaan, memberi isyarat bahawa stesen radio RTM juga memiliki pendengar tersendiri.
“Saya berterima kasih kepada semua keluarga, pengurusan tertinggi RTM yang banyak menolak saya ke atas dan memberikan platform ini. Tidak dilupakan semua penyokong dan pendengar yang senantiasa menantikan suara saya.

“Tidak lupa juga buat semua peminat dan penyokong, boleh terus mengundi saya di laman web ABPBH 36 https://www.abpbh.com.my/undian/main/penyampai-radio-popular bagi kategori Penyampai Radio Popular," kata DJ Sonic sambil mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua peminat dan pendengar NasionalFM. Bagi yang berminat, boleh juga dengar radio malaysia online secara percuma.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
DJ Lin masuk senarai tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 09:08 PM | Show all posts
I tak suka dengar suara dia. Bingit dan dia cakap macam lidah pendek.  Macamanalah dia boleh jadi DJ
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap tak menang
jenis ckp laju & bingit.
Tapi fazura suka pajak dia ni kat majlis2 dia... sesuailahhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 02:04 PM | Show all posts
JunkMail replied at 23-9-2024 08:15 PM
DJ Lin masuk senarai tak?

adoooooo! uols baru check.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 02:27 PM | Show all posts
suka dia ni..mmg meriah kalau dia ada kat 3 suara tu.. selalu diperkotak-katikkan dek dj diya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 23-9-2024 09:08 PM
I tak suka dengar suara dia. Bingit dan dia cakap macam lidah pendek.  Macamanalah dia boleh jadi DJ

Kan..terganggu betul dengan lidah pendek tu..hampunkan i bang..mula2 dengar okay lama2 oh cannot go, i akan cepat2 tukar channel nak2 session sayu sedih tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dgr 3 suara tu slalu fikir mcm mn rupa dia ni. Bingit2 tu tp suka la jgk dgr diya n nazri suka nyakat dia. Masih oke pd telinga aku ni kalau no dibandingkan radio2 lain yg gelak terbahak x igt mati tu.

Layan radio klasik pun oke aman je. Nk lagi aman dgr ikim, pakej insoff dan sopan terus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 10:37 AM | Show all posts
uda replied at 23-9-2024 09:08 PM
I tak suka dengar suara dia. Bingit dan dia cakap macam lidah pendek.  Macamanalah dia boleh jadi DJ

setujuuuuuuu

tq awk suarakan apa yg saya rasakan selama ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.053086 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list