CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7463|Reply: 1

[Tempatan] Prof Mohd. Zambri Zainuddin kata 4 Supermoon punca berlaku banjir , banjir diramalkan mungkin lebih dahsyat ketika Supermoon kali ketiga pada 17 Oktober dan 16 November.Anda bersedia?

[Copy link]
Post time 23-9-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Seorang pakar falak terkenal tanah air tidak menolak kemungkinan bahawa banjir beberapa kawasan di negara ini pada 18 September lalu disebabkan Supermoon.



Prof. Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin ketika dihubungi malah berkata, air laut di pantai akan mengalami situasi pasang besar sepanjang tempoh berlaku fenomena berkenaan.

“Kelazimannya, apabila terjadi Supermoon, maka ini bermakna jarak kedudukan bulan itu berada paling hampir dengan bumi atau dirujuk saintis falak sebagai perigee,” katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditanya mengenai kaitan antara bulan dan peristiwa banjir di banyak kawasan wilayah utara Semenanjung Malaysia yang agak luar biasa.

Pada tarikh tersebut, bulan dilaporkan agak dekat dengan bumi iaitu jarak 357,486 kilometer sahaja ketika berlaku Supermoon pukul 2.34 pagi GMT (10.34 pagi waktu Malaysia).

Kedudukan berkenaan disifatkan lebih hampir berbanding Supermoon yang pertama kali muncul untuk tahun ini pada 20 Ogos lepas dengan jarak direkodkan 361,970 kilometer.

Mengulas lanjut, Mohd. Zambri menambah bahawa, fenomena pasang surut air laut memang dikenal pasti sejak sekian lama berkait rapat dengan senario posisi bulan dari bumi.

“Apabila bulan berada terlalu rapat dengan bumi, maka keadaan air pasang besar pun boleh berlaku dan seterusnya terjadi pula situasi banjir di kawasan yang terbabit,” jelasnya.

Tahun ini, bumi mengalami empat kali fenomena Supermoon bermula 20 Ogos lalu dikenali Sturgeon Moon dan diikuti 18 September lalu yang dirujuk sebagai Harvest Moon.

Senario banjir pula diramalkan mungkin lebih dahsyat ketika Supermoon kali ketiga pada 17 Oktober kelak apabila jarak bulan dengan bumi paling dekat iaitu cuma 357,364 kilometer.

Justeru beliau menasihatkan penduduk di kawasan yang dijangka sering kali berlaku banjir agar bersiap siaga lebih awal menghadapi sebarang kemungkinan dan mengelak kerugian besar.

Supermoon bulan depan diberi julukan Hunter’s Moon manakala yang terakhir pada 16 November pula atau dirujuk sebagai Beaver’s Moon dengan perigee 361,867 kilometer.

“Di Malaysia, mungkin ramai tidak tahu bahawa Supermoon pada 18 September lalu juga diikuti terjadinya gerhana bulan separa pukul 12.45 tengah hari,” terang Mohd. Zambri.

Walau bagaimanapun katanya, fenomena selama empat jam enam minit itu tidak dapat disaksikan oleh penduduk di seluruh negara ini kerana posisi bulan berada di bawah ufuk.

Setakat ini, rekod jarak Supermoon paling dekat dengan bumi ialah pukul 1.52 tengah hari GMT (9.52 malam waktu Malaysia) 14 November 2016 iaitu hanya 356,523 kilometer.

Selepas ini pula, rekod perigee yang paling hampir dijangka berlaku pukul 7.18 malam GMT (3.18 pagi waktu Malaysia) pada 6 Disember 2052 dengan jarak 356,429 kilometer.

www.utusan.com.my/berita/2024/09/supermoon-punca-berlaku-banjir-di-banyak-kawasan/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku stand by. Di rumah shj.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.033209 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list