View: 34156|Reply: 1
|
[Tempatan]
Gempar bumi:Klang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya akan disatukan menjadi Metropolis Lembah Klang Raya - MB Selangor
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 24-9-2024 05:27 PM
Selaras pengumuman tempoh hari, Klang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya bakal menggunakan satu garis panduan bersepadu. Semua pelaksanaan undang-undang akan diperkemas dan diseragamkan dan sekaligus menjadi bandar metropolis di Malaysia iaitu Lembah Klang Raya.…
SHAH ALAM - Empat pihak berkuasa tempatan (PBT)di Selangor bakal menggunakan satu garis panduan bersepadu, Lembah Klang Raya untuk menjadi sebagai bandar metropolis di Malaysia.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, ia selaras pengumuman sebelum ini, dan semua pelaksanaan undang-undang di Klang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya akan diperkemas dan diseragamkan.
"Metropolis adalah bandar raya dengan lebih sejuta penduduk berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perniagaan, perdagangan, perindustrian serta berteknologi tinggi.
"Projek ini diumum menerusi Belanjawan 2024 dengan peruntukan RM2 juta bagi menggabungkan empat bandaraya ini," ujarnya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.
Jelasnya, kerajaan negeri juga telah menubuhkan Mesyuarat Jawatankuasa Penyeragaman bawah Jawatankuasa Induk Majlis Pembangunan Lembah Klang Raya.
"Kepakaran, sumber, kewangan dan pelbagai lagi akan diseragamkan supaya tiada pertindihan serta memudahkan urusan penduduk.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sib baik bukan metrofulus
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|