CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23170|Reply: 0

[Sarawak] Simposium Sagu Antarabangsa ke-15 wacana ilmu kelestarian tanah gambut Sarawak

[Copy link]
Post time 25-9-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode


Sagah (tiga kanan) ditemani Dr Lulie (tiga kiri) bersama delegasi kolaborasi Simposium Sagu Antarabangsa ke-15 melaksanakan majlis 'ice breaking' dan merasmikan makan malam pada Isnin.

KOTA SAMARAHAN: Penyelidikan produk sagu bersempena Simposium Sagu Antarabangsa ke-15 di sini bakal menjadi wacana ilmu kepada kelestarian tanah gambut di Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata demikian sambil menambah bahawa ia juga akan membantu kemampanan tanah gambut di negeri ini.

"Dalam hal ini, ia juga memberi pengetahuan kepada sesiapa yang bercucuk tanam di kawasan tanah gambut, bagaimana juga halnya untuk menguruskan alam sekitar.

"Jadi, untuk perkara itu, ia bermanfaat untuk rakyat dan juga menyumbang kepada ekologi hijau kita," katanya ketika ditemui pemberita lewat petang Isnin.

Beliau sebelum itu telah merasmikan Makan Malam 'Ice Breaking' untuk Simposium Sagu Antarabangsa ke-15 itu di Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak (STROPI) di sini.

Pokok rumbia tambah beliau merupakan pokok kehidupan dan berupaya bermandiri di kawasan tanah gambut yang lembap serta menjadi sumber ruji kepada masyarakat yang berbilang.

Bagaimanapun, kata Sagah, menerusi kajian yang dijalankan oleh pihak yang berwajib memungkinkan kematangan pokok rumbia itu menjadi lebih cepat agar hasilnya dapat dituai sebagai sumber makanan.

"Pada masa yang sama, kita semua tahu kanji adalah juga dari sagu  yang boleh digunakan untuk tujuan industri.

"Jadi, apa-apa penyelidikan yang menuju ke arah menjadikan penuaian sagu dipertingkatkan, akan memberi manfaat kepada industri dan kelestarian makanan manusia," jelasnya.

Hal berkaitan produk sagu telah di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu, dan pihak Penyelidikan CRAUN atau Penyelidikan dan Pembangunan Produk Sagu turut menjalankan kajian terperinci mengenainya.

"Mereka telah menemukan bagaimana untuk menjadikannya sebagai pengganti makanan lain, terutamanya apabila ia berkaitan dengan kanji, seperti beras sebagai sumber karbohidrat kita.

"Sudah tentu pengeluarannya tidak tinggi kerana seperti yang saya katakan tadi tempoh kematangannya masih agak lama untuk membolehkan sagu dituai," tegasnya.

Hadir sama adalah, Pengarah STROPI, Datu Dr Lulie Melling yang turut mengumumkan seramai 250 delegasi antarabangsa telah menyertai simposium itu bermula 23 hingga 25 September 2024 ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052291 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list