View: 6333|Reply: 0
|
[Tempatan]
Lebih banyak isi rumah bandar ‘miskin mutlak’ selepas Covid-19, lapor Institut Penyelidikan Khazanah (KRI)
[Copy link]
|
|
Lebih banyak isi rumah bandar ‘miskin mutlak’ selepas Covid-19, lapor KRI
https://www.freemalaysiatoday.co ... covid-19-lapor-kri/
FMT Reporters
26 Sep 2024, 11:00 AM
KRI melaporkan, isi rumah di kawasan bandar paling terjejas oleh wabak Covid-19 dengan kemiskinan mutlak meningkat kepada 4.5% pada 2022, daripada 3.8% pada 2019.
KL mencatatkan peningkatan tertinggi isi rumah alami kemiskinan mutlak, diikuti Kuala Muda, Kedah.
PETALING JAYA: Susulan wabak Covid-19, lebih banyak isi rumah terjerumus dalam kemiskinan mutlak, menurut Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
Dalam laporan terbarunya, ‘The State of Households 2024: Households and the Pandemic 2019-2022’, KRI berkata, walaupun bukan semua daerah mengalami peningkatan kemiskinan mutlak, isi rumah di kawasan bandar paling terjejas, dengan peningkatan kepada 4.5% pada 2022 daripada 3.8% pada 2019.
Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan tertinggi dengan 6,774 isi rumah mengalami kemiskinan mutlak, diikuti Kuala Muda, Kedah (5,229) dan Kota Kinabalu, Sabah (5,117).
Covid-19 pertama kali dikesan di Wuhan, China, pada 2019 dan diisytiharkan sebagai wabak pada 2020.
Putrajaya melaksanakan sekatan pergerakan pada 2020 yang mengakibatkan banyak perniagaan gulung tikar dan pengangguran meningkat. Pada tahun berikutnya, darurat diisytiharkan bagi mengekang penularan virus.
KRI juga mendapati kesukaran pendapatan sisa menjejaskan isi rumah dalam desil berpendapatan rendah.
Trend ini diburukkan lagi melalui skim pengeluaran KWSP berkait Covid-19, yang secara kolektif mengakibatkan lebih 90% pencarum bawah usia 30 tahun tidak mempunyai simpanan asas yang mencukupi untuk persaraan, menurut laporan itu.
Menurutnya, walaupun jumlah isi rumah Malaysia meningkat pada 2022, isi rumah yang lebih besar berkurangan, yang membawa kepada peralihan ketara ke arah petempatan individu yang lebih kecil.
Isi rumah berpendapatan tunggal kekal lazim, katanya, walaupun bahagiannya menurun sedikit kepada 44.6% pada 2022, daripada 46.3% yang dicatatkan pada 2019, mencerminkan peralihan ke arah lebih banyak isi rumah dengan sumber pendapatan tambahan apabila ekonomi mula pulih.
Pendapatan isi rumah meningkat pada kadar lebih perlahan berbanding dekad sebelum wabak, iaitu antara 2009 dan 2019, menurun daripada 5.3% kepada 1%.
Menurut KRI, Selangor mendahului pertumbuhan pendapatan isi rumah, manakala kawasan bandar seperti Putrajaya dan Kuala Lumpur melihat kemerosotan.
Laporan itu juga mendapati, purata median sebenar pendapatan boleh guna isi rumah negara menurun dengan ketara daripada RM110 pada 2016-2019 (2.1%) kepada hanya RM16 (1.0%) bagi tempoh 2019-2020.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|