CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10547|Reply: 9

Pemandu Lori Dihukum Penjara 12 Bulan Kerana Buli Siber Mendiang Esha

[Copy link]
Post time 26-9-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode





Seorang pemandu lori, B Sathiskumar, 40, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan membuat hantaran lucah dan mengaibkan ibu kepada pempengaruh TikTok, mendiang Esha atau Rajeswary, empat bulan lalu.


Hakim Siti Aminah Ghazali memerintahkan hukuman penjara 12 bulan itu dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkapan, iaitu 10 Julai. Tertuduh mengaku bersalah dan memohon maaf kepada mahkamah.


"Saya bersalah, saya tidak akan buat lagi, minta ampun puan (Hakim).- Katanya dalam kandang tertuduh."


Hantaran lucah dan ugutan di TikTok…


Sathiskumar dituduh menggunakan akaun TikTok ‘@dulal_brothers_360’ untuk membuat hantaran lucah dan ancaman terhadap Rajeswary pada 30 Jun lalu.







Malah, dia turut mengeluarkan fitnah serta ancaman rogol dan bunuh kepada mangsa. Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.


Mangsa ditemui meninggal dunia…


Rajeswary dilaporkan menggantung diri sehari selepas membuat laporan polis tentang ugutan yang diterimanya daripada tertuduh.


Pegawai penyiasat yang cuba menghubungi dan mengesan mangsa sebelum itu tidak berjaya.


Permohonan hukuman penjara…


Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman, memohon hukuman penjara kerana kesalahan tertuduh yang disifatkan sebagai sangat serius, terutama kerana ia melibatkan ugutan yang membawa kepada kematian mangsa.


"enggunaan perkataan lucah di media sosial boleh membawa hukuman berat selaras dengan undang-undang.- Katanya."


Namun, peguam tertuduh, Muhamad Izwan Ishak, merayu hukuman minimum kerana anak guamnya menanggung isteri kurang upaya dan tiga anak.






Sumber – OhMedia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 02:27 PM | Show all posts
dia sorang je kena ek? mcm kesian pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 02:42 PM | Show all posts
sebenarnya kes ni pasal apa weh? apa pasal aiols cuba gugel takde satu pun keluar
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 02:53 PM | Show all posts
pompuan yg sorang lagi tu tak kan kena RM100 ja..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 03:11 PM | Show all posts
okeh aiols dah jumpa jawapan, sendiri tanay sendiri jawab mendiang expose product timbang kilo yg ada mercury. nama product tu snowy pastu dha tykar nama snowy. founder ada line2 gangster ke gitula...mendiang kena ugut. bukan setakat komen biasa2 mcm acik bawang ya. kena ugut rogol, bunuh bagai...dia hidup dlm ketakutan

ni pun ada yg transalatekan ke bahasa melayu. kalo tak ulasan semua tamil...mana mau nya nak paham
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 03:12 PM | Show all posts
Sanitizer replied at 26-9-2024 02:53 PM
pompuan yg sorang lagi tu tak kan kena RM100 ja..

mebe ni sekadar acik bawang komen bodo2 aje..yg smpai ugut rogol, bunuh bagai tu mmg menakutkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 03:15 PM | Show all posts
IzzahF replied at 26-9-2024 03:12 PM
mebe ni sekadar acik bawang komen bodo2 aje..yg smpai ugut rogol, bunuh bagai tu mmg menakutkan

ooo... mungkin jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 03:33 PM | Show all posts
kesiannya mendiang ni.  tp mcm tak setimpal hukuman yg kena. setahun je? padahal perbuatan dia tu dah membuatkan seorang manusia mati. patut kena revised balik la hukuman berkaitan bully cyber ni. hukuman ringat sangat, tu yg ramai buat sambil lewa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada baca psal mendiang ni racist. Suka live kat tt ramai2 sambil ajak followers dia kutuk2 malay
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayda89: Ada baca psal mendiang ni raci ...


Tp ada baca.. mana tk jd mcm tu..yg mamat india msuk Muslim tu acah2 kutuk agama hindu.. kau pun br msuk agama sthun jagung .dh kutuk agama lama kau.. ustaz farid ravi pun tk buat gitu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.344540 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list