View: 19969|Reply: 2
|
[Tempatan]
Selangor catat pertumbuhan pendapatan isi rumah paling tinggi
[Copy link]
|
|
Selangor catat pertumbuhan pendapatan isi rumah paling tinggi
Oleh Mohd Zaky Zainuddin - September 26, 2024 @ 12:21pm
[email protected]
Selangor mencatatkan prestasi pertumbuhan isi rumah yang lebih baik berbanding negeri lain - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Selangor mendahului pertumbuhan pendapatan isi rumah di Malaysia, manakala kawasan bandar seperti Putrajaya dan Kuala Lumpur mencatatkan penurunan ketara.
Menurut laporan Khazanah Research Institute (KRI) bertajuk The State of Households 2024: Households and the Pandemic 2019-2022 (SoH 2024), Selangor mencatatkan prestasi yang lebih baik dengan peningkatan purata tahunan sebanyak RM410 dengan purata kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 5.1 peratus.
"Pendapatan bagi daerah-daerah di Selangor, kecuali Klang dan Petaling, berada dalam desil (decile) tertinggi pertumbuhan pertumbuhan.
"Daerah dengan pertumbuhan pendapatan isi rumah pada desil tertinggi pada 2019 hingga 2022 adalah Kuala Langat (11 peratus), Sepang (10 peratus) dan Hulu Langat (lapan peratus)," katanya.
KRI mendedahkan, dari 2016 hingga 2019, semua negeri di Malaysia, kecuali Sabah, telah mencatatkan pertumbuhan positif dalam pendapatan median isi rumah, sebelum mencatat penurunan ketara bagi tempoh 2019 hingga 2022.
"Penurunan ketara dalam pendapatan median isi rumah, terutamanya Putrajaya (-1.3 peratus) dan Kuala Lumpur (-2.5 peratus)," katanya.
Menurut laporan itu, beberapa daerah di Sabah dan Sarawak juga menunjukkan daya tahan sepanjang tempoh 2019 hingga 2022, menempatkan daerah-daerah terbabit dalam kalangan daerah dengan pertumbuhan tertinggi.
"Menariknya, banyak daerah di Sabah dan Sarawak yang menunjukkan pertumbuhan pada quintil terendah pada 2016 hingga 2019, menunjukkan peningkatan ketara pada tempoh 2019 hingga 2022," katanya.
Sementara itu, laporan SoH 2024 mendapati pendapatan boleh guna median sebenar isi rumah di peringkat nasional jatuh dengan ketara daripada RM110 pada tempoh 2016-2019 (2.1 peratus) kepada hanya RM16 (satu peratus) pada tempoh 2019-2022.
"Semua negeri dan wilayah persekutuan di seluruh Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif bagi tempoh 2016-2019.
"Namun, antara 2019 dan 2022, hanya lima negeri menunjukkan peningkatan dalam pertumbuhan pendapatan boleh guna isi rumah, iaitu Selangor (4.6 peratus), Sarawak (0.7 peratus), Johor (0.7 peratus), Pahang (0.4 peratus) dan Sabah (0.2 peratus),.
"Selangor menjadi negeri yang paling menonjol, dengan peningkatan purata mutlak sebanyak RM303, di mana tujuh daerahnya mencatatkan berada dalam peratusan tertinggi pertumbuhan pendapatan boleh guna median isi rumah," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mmm Patutla sskjp ramai2 pindah dok Shah Ale negeri yg ada Dap..
|
|
|
|
|
|
|
|
serambi?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|