CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21887|Reply: 2

[Tempatan] Bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang P Ramasamy: Orang Cina akan ikut jejak kaum India tinggalkan PH-BN

[Copy link]
Post time 26-9-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Ramasamy: Orang Cina akan ikut jejak kaum India tinggalkan PH-BN

https://www.malaysiakini.com/news/720604

Diterbitkan:  Sep 26, 2024 3:00 PM
Dikemaskini: 3:00 PM



Masyarakat India di Malaysia mendahului kaum Cina dalam hal membuat langkah politik yang tegas, kata bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang P Ramasamy.

Dia berkata orang Cina, terutamanya dari kelas pertengahan dan atasan, lebih berhati-hati.

“Dari segi ekonomi, mereka lebih banyak dipertaruhkan berbanding kaum India yang kebanyakannya tergolong dalam kelas pekerja. Dalam erti kata lain, masyarakat Cina menghadapi risiko kewangan yang lebih besar sekiranya berlaku pergolakan politik.

“Orang India, sebaliknya, mempunyai lebih banyak keuntungan dengan bereksperimen dengan pakatan politik baru,” tambahnya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Ramasamy, yang kini mengetuai parti berasaskan kaum India, Urimai berkata sebaik sahaja orang Cina komited dengan keputusan, mereka juga terbuka untuk berubah, terutamanya jika ia menjanjikan penambahbaikan, sama seperti orang India.

Dari segi sejarah, profesor sains politik itu berkata masyarakat India mengalihkan sokongan mereka kepada gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat (pendahulu Pakatan Harapan), sebelum orang Cina mula membelakangkan BN dan parti komponennya, MCA dan Gerakan.

“Sejak 15 tahun lalu, kaum India memberikan sokongan mereka kepada DAP dan PKR dalam gabungan PH.

“Bagaimanapun, pada pilihan raya negeri 2023, perubahan ketara berlaku apabila kaum India mula menjauhkan diri daripada DAP dan PKR,” tambahnya.

Dalam pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini, Ramasamy, yang merupakan bekas pemimpin DAP berkata kekurangan sokongan kaum India terhadap PH adalah jelas, menandakan apa yang mungkin menjadi trend politik yang berterusan.

“Kekecewaan terhadap PH dan parti komponennya telah berkembang dalam masyarakat India,” tambahnya.

Ramasamy berkata orang Cina masih belum sepenuhnya meninggalkan gabungan PH, walaupun kekecewaan mereka juga semakin meningkat.

“Semasa PRK Sungai Bakap, masyarakat Cina meluahkan rasa tidak puas hati dengan tidak mengundi.

“Seperti kaum India, kaum Cina berasa semakin ditinggalkan oleh gabungan PH. DAP telah dikritik sebagai tidak berkesan kerana gagal berdepan dengan politik perpecahan Umno.

“Walaupun dihina oleh pemimpin ekstremis seperti Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh terhadap masyarakat Cina, DAP memilih untuk berundur,” katanya.

Pada PRK Mahkota pada 28 Sept akan datang, Ramasamy berkata, sokongan pengundi Cina dan India adalah penting untuk kejayaan calon Umno Syed Hussein Syed Abdullah.

“Bagaimanapun, persoalannya masih ada: Adakah pengundi Cina dan India sanggup menyokong calon dari parti yang telah meminggirkan mereka?

“Sumber dari Johor mencadangkan pengundi India sama ada merancang untuk memboikot atau tidak mengundi calon Umno. Pengundi Cina juga tidak berpuas hati dengan jangkaan untuk menyokong Umno, terutamanya selepas bertahun-tahun mengharungi politik perkauman Umno.

“Nampaknya trend yang ditetapkan oleh pengundi India pada 2023—menjauhkan diri daripada PH dan BN—akan berterusan. Orang India nampaknya menerajui langkah meninggalkan gabungan itu, manakala orang Cina, walaupun berhati-hati, mungkin tidak lama lagi akan ikut jejak yang sama.

“Walaupun kepentingan ekonomi masyarakat Cina adalah penting, pada saat yang kritikal, mereka juga mungkin mengutamakan maruah mereka daripada pakatan politik.

“Orang India mungkin mendahului meninggalkan Umno, tetapi orang Cina tidak akan ketinggalan,” tambahnya.

Syed Hussein akan berdepan dengan calon Perikatan Nasional Haizan Jaafar untuk kerusi DUN Mahkota di Johor, Sabtu ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2024 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Org mmg dh lama menyampah dgn Umno. Pi gabung, mendapatlah. Jilat balik segala kutukan dan hinaan lepas gabung.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Iyelah tu akan tgglkn.pdhal tehtap setia kalau x kang jth kat tgn pembangkang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.065232 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list