CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19912|Reply: 1

[Politik] Percubaan sabotaj Syed Hussein dipatahkan polis

[Copy link]
Post time 27-9-2024 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-9-2024 02:02 PM

KLUANG: Polis mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah, tidak mempunyai sebarang rekod sabitan jenayah.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata nama Syed Hussien tidak terdapat dalam rekod sabitan jenayah yang di bawah kesalahan boleh daftar menurut Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969 (Akta 7).


"Siasatan yang dijalankan bersabit kes yang dinyatakan telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan diarahkan agar kes di No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada dakwaan yang menyatakan bahawa Syed Hussien mempunyai rekod jenayah, yang dimuat naik di laman Facebook.


Bahrin juga menasihatkan parti politik agar berkempen dengan cara yang sihat, termasuk tidak membuat kenyataan palsu terhadap individu lain.


Hari ini, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut menafikan dakwaan pembangkang yang menyatakan bahawa Syed Hussien mempunyai rekod jenayah.


Beliau menganggap tindakan itu sebagai satu modal politik oleh pihak yang ketandusan isu, bertujuan untuk merosakkan keyakinan terhadap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang tersebut.


Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa kejadian yang berlaku melibatkan Syed Hussien ketika beliau berusia dalam lingkungan 20-an, di mana beliau cuba membantu seorang individu buta yang sedang diganggu dan dipukul oleh sekumpulan orang.


PRK DUN Mahkota pada Sabtu ini, melibatkan pertembungan antara Syed Hussien dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.


PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.


-- BERNAMA





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2024 12:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034852 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list