View: 15710|Reply: 0
|
[Tempatan]
Petronas peroleh konsesi O&G ketiga di Abu Dhabi
[Copy link]
|
|
Petronas peroleh konsesi O&G ketiga di Abu Dhabi
https://www.freemalaysiatoday.co ... etiga-di-abu-dhabi/
Bernama
27 Sep 2024, 11:23 AM
Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petronas, turut memperoleh ‘Unconventional Block 1’ pada 2022 dan ‘Unconventional Block 5’ pada 2024 di Abu Dhabi. (Gambar Reuters)
Konsesi ketiga diperoleh Petronas, ‘Onshore Block 2’ di wilayah Al Dhafra meliputi kawasan seluas lebih 7,300km persegi.
KUALA LUMPUR: Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), berjaya memperoleh konsesi cari gali minyak dan gas (O&G) baharu di Onshore Block 2 daripada pihak Majlis Tertinggi Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi Abu Dhabi (SCFEA).
Mengikut perjanjian itu, Petronas Abu Dhabi akan memegang 100% ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
“Onshore Block 2 di wilayah Al Dhafra, Abu Dhabi itu meliputi kawasan seluas lebih 7,300km persegi.
Ini merupakan konsesi ketiga untuk Petronas Abu Dhabi selepas Unconventional Block 5 pada 2024 dan Unconventional Block 1 pada 2022, kata syarikat minyak dan gas nasional itu dalam kenyataan.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan Petronas Mohd Jukris Abdul Wahab berkata, kerjasama dengan SCFEA akan meluaskan lagi portfolio huluan syarikat itu di Abu Dhabi.
Usaha itu membabitkan sumber konvensional dan bukan konvensional yang menawarkan potensi bagi pertumbuhan cari gali, katanya.
Petronas berkata, sebagai syarikat minyak dan gas negara dengan kehadiran global, ia kekal komited mengimbangi obligasi domestik, dan pada masa sama merebut peluang antarabangsa dan mengekalkan portfolio perniagaan yang kukuh dalam kepesatan landskap tenaga.
Sejajar dengan sasaran pelepasan sifar bersih syarikat, Petronas Abu Dhabi kekal komited meninjau pendekatan mampan dalam operasinya, kata kenyataan itu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|