CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16052|Reply: 2

[Tempatan] Ibu Zayn Rayyan kongsi 4 hantaran khusus buat golongan pemfitnah

[Copy link]
Post time 27-9-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Ibu Zayn Rayyan kongsi 4 hantaran khusus buat golongan pemfitnah

https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... golongan-pemfitnah/

Oleh KOSMO!
27 September 2024, 10:17 am


Tangkap layar hantaran yang dimuat naik Ismanira di akaun Instagramnya.

PETALING JAYA – Ibu kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin kembali aktif di akaun Instagramnya dengan memuat naik empat hantaran mengenai fitnah.

Dalam hantaran pertamanya, Ismanira Abdul Manaf, 29, berkongsi tangkap layar artikel mengenai seksaan dan azab Allah terhadap golongan pemfitnah.

Dengan menggunakan tanda pagar #justice4zaynrayyan, Ismanira juga memuat naik beberapa potong doa yang ditujukan buat golongan pemfitnah terhadap dirinya.

“Wahai pelaku, penganiaya, mahupun pemfitnah sekalian. Sesungguhnya sudah aku adukan semuanya kepada penciptaku,
sekarang urusanmu bukan lagi denganku, tapi dengan penciptaku, Allah SWT.

“Perlakuan dan perkataanmu menembus hati, semoga doa-doaku menembus langit.
Kalau kamu sudah hebat untuk menyakiti hati orang lain, berarti kamu sudah cukup kuat untuk menerima balasan dari-Nya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ismanira menutup ruangan di semua empat hantarannya itu sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada para pengikutnya.

Di ruang ‘biography’, ibu kepada dua orang anak itu juga mendoakan agar individu atau pelaku yang menganiayai Allahyarham Zayn Rayyan tertangkap dengan segera.

“Semoga pelaku yang menganiayai anakku Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan tertangkap dengan segera Aamin Ya Rabb Ya Mujib,” tulisnya.

Sebelum ini, akaun Ismanira ‘hilang’ apabila wanita itu dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari ditahan di Puncak Alam, Selangor pada 31 Mei lalu dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 13 Jun lalu pula, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Zaim dan Ismanira bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Pada malam 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai sehari selepas dia dilaporkan hilang di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh ekoran terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes tgh berjalan ko senyap jela.bukannya ada verdict lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut la tu kan, skrg makin ramai dh dijatuhkan hukuman. Kecuaian baru je kan, tetap akan kena kan hukuman. Kalau akhirnya dapati hg yg bunuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.654472 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list