CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13827|Reply: 76

Kes Amang Seksual - Azman Syah Dijatuhkan Hukuman Penjara 24 Tahun & 2 Sebatan

[Copy link]
Post time 27-9-2024 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by red_velvet at 27-9-2024 12:09 PM



Klang: Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah menjatuhkan masing-masing 12 tahun penjara dan satu sebatan bagi dua pertuduhan yang berjalan berasingan.

Mahkamah juga menetapkan Azman Syah, 43, menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Pada 26 Disember tahun lalu, Azman diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Azman yang turut dikenali sebagai Cik Man turut berdepan sembilan pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

Kredit : Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 12:08 PM | Show all posts
huishhh. moga insaf atas ketelanjuran. nak hencap byk2 buat mendapat darah tggi pulak nnt. sian nya kat mangsa. mmg bagus hukuman2 berat mcm ni utk pesalah2 seksual
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 27-9-2024 12:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole buat rayuan lagi ke mcm Daie Syed?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:20 PM | Show all posts
cicicumel replied at 27-9-2024 12:17 PM
Bole buat rayuan lagi ke mcm Daie Syed?

ditangguh hukuman sampai process rayuan... gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 27-9-2024 12:08 PM

kan main muzik pun mentang yg kene jail setaz selebriti dikenali ramai berwajah suci

moga jd pedoman utk ummah di luar sana jgn jadi pedo/perogol.
kalau nak menggayah skalipun cari suka sama suka legal age.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 27-9-2024 12:20 PM
ditangguh hukuman sampai process rayuan... gitu...

ehh kalau la betul
baru bagi sepatah dua kata kat atas ni haaa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
menyampah dgn selit lagu sedih bagai
lagi menyampah baca komen kata "angkat darjat ustaz"

next lebit lelew pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts

Tahniah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 27-9-2024 12:36 PM

I tak tahan tengok komen budak2 tiktok.. ape la bodo sangat... Ingat senang2 ke mahkamah nak jatuhkan hukum kalau kes2 macam ni ...balik2 cakap mahkamah ni bukan betul sangat, berapa ramai org baik2 kat penjara tu sebab kena aniaya, asal ko ada duit bolehla beli hakim katanya... Weh kalau nak kata ada duit, si azman ni lagi banyak duit dari budak2 sekolah yg kena grooming tu ...kalau nak ukur sebab duit, dia boleh je nak beli hakim n pendakwaraya tu biar diq bebas. Biar mak bapak budak2 tu yg kena dakwa pulak sebab buat tuduhan nreport palsu . Diorang ingat hakim2 kat malaysia ni semua boleh dibeli ke.   Kesian betul tengok komen2 kat tiktok tu, nampak sangat set2 budak kelas belakang yang jenis takde kawan bijak pandai & tak rajin baca artikel2 berilmiah .. bengap tak boleh diajar
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dia bagi ceramah dalam penjara, terus la bebas kelakuan baik katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 27-9-2024 12:34 PM
I tak tahan tengok komen budak2 tiktok.. ape la bodo sangat... Ingat senang2 ke mahkamah nak jatuhka ...

Kan.skrg aku tak baca komen2 kt tt lg. Mmg buduh yach bbnu skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tahan hingga rayuan didengar atau ikat jamin buat sementara? Akhirnya ramai yang dah buka mata & telinga pasal kes nie.

Kesian mangsa2 & famili PU nie.

Kes dewasayu lum habis ke atau masih berjalan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:59 PM | Show all posts
Padan muka! Tu je nak cakap!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 01:00 PM | Show all posts
red_velvet replied at 27-9-2024 12:34 PM
I tak tahan tengok komen budak2 tiktok.. ape la bodo sangat... Ingat senang2 ke mahkamah nak jatuhka ...

BBnu and netizen bengap tak habis2 husnuzon, tak habis2 ni hukuman dunia,dia difitnah, puihhhhh la
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 01:06 PM | Show all posts
Pintu taubat masih diterima
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 27-9-2024 12:54 PM
Kena tahan hingga rayuan didengar atau ikat jamin buat sementara? Akhirnya ramai yang dah buka mata  ...

Keluar daricourt terus kena gari means terus sumbat penjara la kan... Tapi tak tau la kalau leoas 21 hari kat dalam boleh tangguh hukuman pulak macam shit ikmal
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertobat la.. masih ada masa nak bertobat
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni confirm Geng pasar ikhwan di putrajaya, siapakah dia abuya..abuya seorang yg teliti, tentula dia PBT........
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
God is great...padan muka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.682025 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list