CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31193|Reply: 7

[Tempatan] Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid Ali kupas kes mahkamah Anwar Ibrahim, beliau dipanggil ke Bukit Aman. #2, [VIDEO] Kupasan kes mahkamah Anwar Ibrahim oleh Rafique Rashid Di Ceramah PRK Mahkota

[Copy link]
Post time 27-9-2024 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 27-9-2024 11:05 PM

Kupas kes mahkamah Anwar, pemimpin Pejuang dipanggil ke Bukit Aman

https://www.freemalaysiatoday.co ... ggil-ke-bukit-aman/

Faiz Zainudin
27 Sep 2024, 01:49 PM


Muhammad Rafique Rashid Ali (kiri) bersama Chegubard di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Muhammad Rafique Rashid Ali dipanggil memberi keterangan berhubung ucapannya pada ceramah sempena PRK Mahkota 21 Sept lalu.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung ucapannya pada ceramah sempena PRK Mahkota 21 Sept lepas, yang mengupas beberapa fakta kes mahkamah membabitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut Rafique, beliau disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau memberitahu media hari ini, pada ceramah tersebut, beliau ‘menerangkan’ fakta kes mahkamah Anwar dalam kapasitinya sebagai peguam, selepas perdana menteri itu mendakwa dirinya ‘banduan terhormat’.

Paling penting, apabila saya mempunyai tanggungjawab sebagai peguam, saya perlu bangkit ke hadapan dan pertahankan sistem kehakiman seperti yang pernah dinyatakan oleh ketua hakim negara di Goa, India pada Mac 2023, katanya di luar Bukit Aman.

Turut hadir ahli Bersatu Badrul Hisham Shaharin, atau Chegubard, yang merupakan penganjur ceramah itu.

Rafique yang juga peguam bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, ucapannya sekadar memberikan penerangan kepada orang ramai, bukan berniat menghasut tindakan tidak wajar.

“Sekiranya ada orang itu berkuasa atau berada dalam kuasa berkata tidak benar, rakyat mempunyai hak untuk bersuara.

Sebagai rakyat Malaysia, kita ada hak untuk bangun dan menyatakan ia salah, katanya.

Katanya, perdana menteri sebagai seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan ‘mencabar’ keputusan mahkamah atau menghina institusi kehakiman.

Jika Anwar tidak berpuas hati dengan mahkamah, ambillah tindakan di mahkamah. Jangan gunakan isu itu sebagai permainan politik atau menjajanya di pentas politik, katanya.

Ketika berucap pada 21 Sept lepas, Rafique mengupas beberapa fakta kes mahkamah Anwar, selain mempersoalkan tindakan perdana menteri itu menyifatkan tuduhan terhadapnya bersifat ‘zalim dan keji’.’

Menurut Rafique, kenyataan Anwar itu seolah-olah mengatakan lapan hakim yang terlibat membuat keputusan yang salah dalam kesnya.

Jumaat lalu, pada Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Axiata, Bukit Jalil, Anwar mengakui dirinya ‘banduan terhormat’ ketika menyelar tindakan pembangkang yang sering mengulangi statusnya ketika mengkritik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2024 07:04 AM | Show all posts
Kupasan kes mahkamah Anwar Ibrahim oleh Rafique Rashid Di Ceramah PRK Mahkota

https://www.youtube.com/watch?v=SVZBxNmumwI

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumpah mubahalah tak meliwat jubor Sepol tak berani

Saman sivil Sepol tak berani

Buat report polis terhadap konspirator dlm AGC, PDRM, hakim-hakim yg terlibat "memfitnah" dalam kes liwat 1.0 dan 2.0, tak berani

Alasan hanya luka peribadi.

Dey bodo... Bukan sendiri selalu claim nak melawan korupsi & reform sistem kerajaan yg korup & dipenuhi orang2 jahat yg menyalahguna kuasa ke? Sistem keadilan negara rosak tak mau betulkan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kan dipanggil polis jer? Dulu2, wartawan nak tanya pasal jam omega, gigih ikon madanon nak saman dgn bijik mata terbeliak2 ala2 hero Tamil. Tak kan tak ada nafsu nak saman pasal kupasan kat kes liwat di mahkamah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya boleh buat report kenyataan berunsur penghinaan terhadap mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka fitnah lg aku ada masuk dengar ...mmg tersakiti btl mamat tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2024 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
So mana hujah  padu yg kata Bangnon mmg bersalah tu?puas ku tunggu xde ponn??

thn 1998, keling jadian perasan melayu ni mesti masih hisap puting lagi(wlaupun muka heshe nmpak tua mcm atok 60thn)..tp takpe kita dengar pulak apa ulasan otai yg hari2  turun naik mahkamah hadir perbicaraan kes Bangnon dolo2..

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalah teruk pun kat Mahkota .Bawak lah lagi cikgu Bad.Mujur tak hilang deposit mcm atuk saka pru lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.246986 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list