CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20209|Reply: 0

[Sarawak] Kenali tanda awal kanser kanak-kanak, ambil tindakan segera

[Copy link]
Post time 28-9-2024 12:15 PM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Mary, Tiang, Aaron dan Mohammad Yakub bersama-sama melakukan simbolik pelancaran pameran 'Samuel Beats Cancer' Balloon Maze di Wisma Sanyan, Sibu hari ini.

SIBU: Ibu bapa, penjaga dan penyedia perkhidmatan kesihatan harus dididik untuk mengenali tanda-tanda awal kanser kanak-kanak dan mengambil tindakan susulan dengan segera.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, kanak-kanak penghidap kanser mengalami banyak tekanan emosi dan psikologi semasa menjalani rawatan kanser yang sering menyakitkan dan sukar.

Menurutnya, keadaan ini bukan hanya tentang kehilangan rambut dan berasa tidak sihat, tetapi banyak lagi yang berlaku dalam diri mereka.

"Itulah sebabnya, acara hari ini sangat penting untuk meningkatkan kesedaran bagi memberi kuasa kepada ibu bapa, penjaga dan penyedia perkhidmatan kesihatan untuk mengenali tanda-tanda awal kanser kanak-kanak dan mengambil tindakan segera.

"Saya diberitahu bahawa Balloon Maze, dengan visual simptom dan tanda amaran yang dicipta menggunakan belon, menjadikan acara ini seronok dan mendidik," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan pameran 'Samuel Beats Cancer' Balloon Maze anjuran Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS) di Wisma Sanyan di sini, hari ini.

Pameran itu adalah sebahagian daripada Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak yang berlangsung dari 27 hingga 29 September 2024.


: Tiang (tiga kanan) tertarik dengan pameran 'Samuel Beats Cancer' Balloon Maze di Wisma Sanyan, Sibu hari ini.

Berkongsi maklumat daripada SCCS, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu mendedahkan setiap lima hari, seorang kanak-kanak di Sarawak didiagnosis dengan kanser, dengan 60 hingga 70 kes baharu setiap tahun.

Malah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser adalah salah satu punca utama kematian kanak-kanak dan remaja.

Beliau berkata, kanser pada kanak-kanak tidak sama seperti kanser dalam kalangan orang dewasa dengan kebanyakan kanser kanak-kanak tidak mempunyai punca yang diketahui dan secara amnya tidak dapat dicegah atau dikenal pasti melalui saringan.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan kanser kanak-kanak boleh disembuhkan dan boleh dirawat jika dikesan awal.

"Itulah sebabnya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal adalah sangat penting kerana ia akan meningkatkan kadar kelangsungan hidup.

"Satu lagi berita baik adalah rawatan untuk kanser kanak-kanak telah meningkat dengan ketara sejak beberapa dekad lalu susulan kemajuan dalam penyelidikan perubatan dan teknologi.

"Jadi, sentiasa ada harapan dan kuncinya adalah dalam pengesanan awal dan kesedaran," ujarnya.

Hadir sama Presiden SCCS Mary Kiu, Pengarah Kumpulan Grolite Aaron Song, Pengarah Eksekutif Wisma Sanyan Mohammad Yakub Mohammad Tufail, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kumpulan Grolite Sandra Song serta yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.041330 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list