Program pembersihan mega di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu esok.
BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengadakan Program Pembersihan Mega Hari Cuci Malaysia sempena 'World Cleanup Day' 2024 di Lasar Kenyalang Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu di sini bermula jam 3 hingga 5 petang esok.
BDA dalam kenyataannya menyeru penduduk dan warga kerjanya menyertai acara gotong-royong secara besar-besaran itu di tapak Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu Sarawak (BIKF) Ke-17 2024.
"Penyertaan ramai itu akan menyumbang kepada usaha untuk meraih pencapaian dalam Malaysia Book of Records (MBOR)," kata kenyataan itu di sini hari ini.
Program itu membabitkan pembersihan persekitaran, pelaksanaan kempen kitar semula dan kempen 'Say No To Plastic.'
|