CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15057|Reply: 0

[Sabah] Lelaki cedera dihempap kereta buruk

[Copy link]
Post time 29-9-2024 08:43 AM | Show all posts |Read mode


CEDERA: Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa menggunakan pengusung (stretcher).

RANAU: Seorang lelaki cedera selepas dihempap kereta buruk ketika melakukan kerja-kerja pemotongan untuk dilupuskan di sebuah bengkel di Kampung Kilimu, di sini pada Sabtu.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan di dada selepas berjaya diselamatkan orang awam.
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.36 pagi.


“Sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera terus digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi membantu mangsa.
"Mengikut laporan, mangsa dihempap kereta jenis pacuan empat roda ketika menjalankan kerja-kerja pemotongan kereta buruk untuk tujuan pelupusan.

"Mangsa mengalami cedera ringan di dada dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memberi rawatan awal sebelum menghantar mangsa ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.788775 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list