CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14290|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak boleh jadi pemangkin ekonomi negara masa depan: PM Anwar

[Copy link]
Post time 29-9-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode


Anwar menurunkan tanda tangan pada buku pelawat di tapak pameran PMR di Miri, sambil disaksikan oleh Abang Johari.

Oleh Clare Cinderella dan Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Sarawak boleh menjadi salah satu pemangkin ekonomi negara pada masa depan menerusi projek tenaga hijaunya yang berupaya berkembang kukuh dan mampu menarik pelaburan asing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang optimis dengan pembangunan ekonomi Sarawak pada masa depan berkata, dengan Miri kini membangunkan loji janakuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) 500MW, ia kini menjadi tumpuan negara-negara yang ingin melabur dalam teknologi hijau.  

"Saya ucap tahniah sekali kepada kerajaan negeri Sarawak kerana cepat 'menangkap' (peluang). Kalau kita ada pelaburan, Sarawak sekarang termasuk Miri (menyediakan pelaburan), sudah menjadi medan hab tenaga bagi rantau kita (Malaysia).

"Mana-mana negara kalau nak tengok (mencari), di manakah hab tenaga yang boleh membekalkan tenaga hijau, tenaga alternatif, tenaga hijau hidrogen, mereka tidak melihatkan negeri ini lain, mereka hanya melihat terus ke Sarawak.


Anwar (tiga kiri) meluncurkan nombor pendaftaran istimewa siri PETRA, bersama-sama Abang Johari (dua kiri) dan Fadillah (tiga kanan) dan yang lain.

"Sarawak mempunyai potensi kekuatan ekonomi yang gagah masa depan. Sebab itu saya dukung hasrat pimpinan (kerajaan Sarawak),  supaya politiknya stabil dan tertumpu ke arah pembangunan ini," ujarnya.

Anwar berkata demikian semasa menyampaikan amanatnya pada majlis perasmian Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri, petang tadi.

Turut hadir ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Dato Sri Fadillah Yusof, menteri-menteri kabinet persekutuan dan negeri serta yang lain.

"Apabila saya bincang soal tenaga, Sarawak tetap disebut dan didorong supaya menjadi sesuatu yang benar-benar berhasil dan berjaya," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut membidas sesetengah pemimpin politik (pembangkang) yang agak terdesak dan 'lemas,' sentiasa mencari jalan untuk menghasut rakyat dengan menimbulkan kebencian terhadap pemimpin dan mencetuskan isu untuk mengugatkan kestabilan negara.

"Apabila mereka tengok ekonomi berkembang, ringgit kian kukuh, tahap pengangguran berkurangan, peluang pekerjaan meningkat, inflasi lebih terkawal, maka jalan keluar mereka adalah menghasut supaya timbul kebencian antara kaum dan kegelisahan kerana perbedaan agama, fahaman agama. Jadi, kita mesti kemukakan contoh yang baik," katanya.

Beliau mengakui masalah akan tetap ada termasuk antara kaum atau agama dan negeri, namun masalah itu boleh diselesaikan dengan perbincangan, saling percaya-mempercayai dan hormat-menghormati.

"Sebab itu politik kadang-kadang di Semenanjung (Malaysia), perkara seperti ini, sudah sampai ke 'suhu panas' yang tidak menguntungkan. Syukur alhamdulillah kerana majoriti rakyat masih memilih jalan yang lebih baik," tambahnya.

Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Anwar berkata dalam tempoh setahun setengah (sebagai Perdana Menteri) beliau telah menyelesaikan lebih 11 perkara yang sudah dijanjikan dan termaktub dalam perjanjian tersebut.

"Dalam satu setahun setengah, kita selesaikan lebih daripada 11 perkara dan kadang-kadang, dia mengambil sedikit masa kerana melibatkan perundangan, pindaan seperti mana permindahan milik Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak," katanya.


Orang ramai mengerumuni Perdana Menteri dan Premier Sarawak semasa diiringi masuk ke tapak utama pelancaran PMR Sarawakku Sayang.

Dalam ucapannya Anwar memberitahu, kerajaan akan menaik taraf beberapa klinik kesihatan di Sarawak khususnya di luar bandar seperti Klinik Kesihatan Long Bemang; Tudan, Jambatan Suai dan membaik pulih klinik di Taman Negara Mulu, Klinik Kesihatan Long Loyang, Beluru dan Long Miri.

Sementara itu, hari ini Anwar turut mengagihkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara tunai (bukan menerusi akuan bank) yang dilaksanakan buat pertama kalinya dan dilancarkan di Miri.

Bagi STR di Sarawak katanya, kerajaan menerima 28,944 pemohonan, dengan sumbangan disalur melalui bank, namun bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank, ia diserah secara tunai di sini hari ini bagi Bahagian Miri.

Pada majlis sama, beliau turut mengagihkan Sumbangan Sejati MADANI kepada komuniti di utara Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.063741 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list