CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14355|Reply: 0

[Sarawak] Dron tidak jejas peluang pekerjaan, sebaliknya cipta pekerjaan baharu

[Copy link]
Post time 29-9-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-9-2024 08:02 AM



(Dari kiri) Kamaruzaman, Rospiagos dan Sutekno (tiga kiri) sedang mendengar penjelasan daripada Syahrull berkaitan pelbagai jenis dron yang dipamerkan pada Pertandingan dan Pertunjukkan Dron di ILP Miri petang Jumaat

MIRI: Penggunaan dron tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan tenaga kerja tempatan, sebaliknya dilihat berupaya mencipta pekerjaan baharu kepada golongan belia masa kini.

Malah menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Sutekno Ahmad Belon,  perkembangan teknologi dron juga bukan sahaja mengurangkan kebergantungan majikan terhadap pekerja asing, tetapi juga membuka lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

"Kesannya dapat dilihat apabila dianggarkan sebanyak 20,000 unit dron boleh digunakan secara komersial di seluruh negara khususnya dalam sektor perladangan, pembinaan, keselamatan dan pengurusan aset.

"Teknologi dron telah terbukti dapat memberikan impak dan perubahan besar kepada sesebuah organisasi.

"Sehubungan itu, KESUMA amat menggalakkan program seperti yang dilaksanakan di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dikembangkan kepada program berskala lebih besar," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hab Teknologi Dron Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Pelancaran Program Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) JTM serta Perjanjian Kerjasama Pintar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri 2024 anjuran JTM yang berlangsung di ILP Miri, petang Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah JTM Rospiagos Taha, Timbalan Ketua Pengarah JTM Kamaruzaman Md Ali, Pengarah ADTEC Bintulu merangkap Pengerusi ILJTM Wilayah Timur Syahrull Nizam Perdan, Pengarah ILP Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program Mustal Makmud dan Pengarah Eksekutif JHEXA Sdn Bhd Hendra John.

Sehubungan itu kata Sutekno, KESUMA selaku agensi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sentiasa menekankan kepentingan penyediaan bakat dalam bidang berkaitan teknologi berimpak tinggi seperti teknologi dron dalam memastikan keperluan industri semasa serta tersedia pada masa depan.

"Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) atau lebih dikenali sebagai dron dalam masyarakat kita telah menjadi antara teknologi yang pesat membangun kini kerana ia mempunyai keupayaan untuk diaplikasikan dalam pelbagai sektor perindustrian, aplikasi dalam bidang geospatial, perladangan malah turut digunakan dalam bidang keselamatan dan perisikan.

"Justeru penerapan latihan di ILJTM adalah memfokus kepada pembangunan keupayaan pelajar untuk mengembangkan teknologi dan bukannya melahirkan graduan yang akan berakhir sebagai seorang pengguna teknologi sahaja," tegasnya.

Menyentuh tentang ESG pula, beliau berkata ia adalah wadah untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang kini semakin penting dan seharusnya diterapkan di kalangan pelajar di ILJTM.

Tambahnya, usaha JTM yang mempelopori ESG merupakan salah satu contoh baik di KESUMA dan berupaya menjadi kesan berantai apabila bakat yang dihasilkan (pelajar) dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan masuk ke alam pekerjaan.

Pada majlis sama, Sutekno turut menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama Pintar di antara ILP Miri dan syarikat JHEXA Sdn Bhd.

Terdahulu, beliau turut dibawa melihat Pertandingan dan Pertunjukkan Dron yang diadakan di Dewan Intrim, ILP Miri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.134014 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list