CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14429|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak sambut baik pengumuman PM berhubung kelulusan projek pembesaran terminal LTM

[Copy link]
Post time 29-9-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-9-2024 08:05 AM



Lee bersama pemimpin masyarakat tempatan mengiringi Anwar yang akan meneruskan lawatan kerja rasmi ke Kapit pada Ahad.

MIRI : Kementerian Pengangkutan Sarawak menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kelulusan projek pembesaran terminal Lapangan Terbang Miri (LTM).

Menterinya, Datuk Sri Lee Kim Shin berkata pemohonan untuk membesarkan terminal LTM telah lama dibuat dan ia satu perkhabaran gembira buat warga Miri khususnya menggunakan perkhidmatan udara.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada Perdana Menteri atas pengumuman semalam untuk meluluskan projek pembesaran terminal LTM.

"Premier Sarawak bersama saya berkesempatan untuk berbincang dengan Perdana Menteri berhubung projek yang sudah lama kita kemukakan iaitu pembesaran terminal dan kemudahan LPM," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Miri pada Ahad.

Menurutnya, jumlah yang dikemukakan Malaysia Airport Sdn Berhad iaitu RM150 juta untuk projek pembesaran dan kemudahan LTM.

"Manakala untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kita telahpun memohon peruntukan untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada dengan jumlah peruntukan dikemukakan kementerian bersama Malaysia Airport Sdn Berhad iaitu RM71 juta," ujarnya.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata rancangan pembesaran dan naik taraf LTM, yang akan meningkatkannya kapasiti daripada dua juta penumpang setahun (MPPA) kepada empat juta setahun.

Antara diberi tumpuan termasuk bangunan terminal melibatkan pengubahsuaian dan penambahbaikan yang sedia ada bangunan akan merangkumi pengasingan penumpang antarabangsa dan pertambahan enam jambatan udara.

Selain itu, kawasan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) melibatkan penambahan ruang istirahat khusus dan kawasan menuntut semula bagasi untuk penumpang RAS.

Turut diberi perhatian ialah infrastruktur tanah dengan menaik taraf jalan lapangan terbang dan tepi jalan bagi memastikan aliran trafik yang lebih baik dan lancar.

Selain itu, pertambahan dua tapak untuk pesawat baharu berkeluasan 10,000 meter persegi juga akan dilaksanakan dalam projek berkenaan.

"Projek ini akan banyak memberi manfaat kepada Miri dan kawasan sekitarnya dengan menambah baik kapasiti operasi keseluruhan lapangan terbang.

"Ia membolehkan LTM berkhidmat kepada ramai penumpang dengan pesawat yang lebih besar, akhirnya meningkatkan ketersambungan dan pelancongan dan yang penting untuk pertumbuhan ekonomi kita," katanya.

Projek ini dijangka akan dilaksanakan pada 2025, kementeriannya akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan  Malaysia Airport Sdn Berhad untuk pelaksanaan projek dalam tempoh dua tahun (2027).

Pada malam Sabtu, Anwar bersetuju supaya Lapangan Terbang Miri terus diperbesar susulan peningkatan jumlah penumpang yang menggunakannya.

Beliau berkata, kadar pertumbuhan jumlah pengguna lapangan terbang itu meningkat hampir 90 peratus berbanding tahun lepas dan ini mewajarkan keperluan untuk meningkatkan lagi infrastruktur berkenaan.

"Saya setuju untuk beri perhatian dan dapat juga maklumat daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Kementerian Kewangan.

"Pada malam ini, wajar saya umumkan bahawa projek pembesaran Lapangan Terbang Miri itu kita luluskan,” katanya pada Majlis Jamuan Negeri di Hotel Pullman Miri, malam Sabtu.

Terdahulu, Lee bersama menteri kabinet Sarawak serta pemimpin masyarakat tempatan hadir di LTM untuk mengiringi keberangkatan Perdana Menteri yang akan meneruskan lawatan kerja ke Kapit, pada Ahad.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.069911 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list