CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35319|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ugut bunuh, tumbuk isteri dipenjara 18 bulan

[Copy link]
Post time 29-9-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas seorang lelaki selepas mengaku bersalah mengugut untuk membunuh dan menumbuk isterinya.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman itu terhadap Gilbert Richard, 23, dari Kampung Tebia Sapit di Padawan selepas dia membuat pengakuan terhadap Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama.

Bagi pertuduhan pertama, dia dijatuhi hukuman penjara enam bulan manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara 12 bulan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan berturutan.

Gilbert melakukan kesalahan itu terhadap isterinya yang berusia 23 tahun di sebuah rumah sewa di Jalan Datuk Abang Abdul Rahim kira-kira jam 4.15 pagi pada 24 September 2024.

Berdasarkan fakta kes, pasangan itu bertengkar secara lisan sehingga Gilbert menumbuk mata kanan isterinya selepas menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Gilbert juga mengancam untuk membunuh isterinya dengan mengatakan bahawa dia akan menikamnya.

Laporan polis telah dibuat dan Gilbert telah ditangkap pada keesokan harinya kira-kira jam 1.55 petang.

Pendakwaan kes oleh Inspektor Nur Ain Wong manakala Gilbert diwakili peguam Hii Yiik Yew.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.033742 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list