CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36458|Reply: 0

[Sarawak] Kes sebabkan kematian remaja, lelaki dibebas pada 2022 diperintah untuk dibicarakan semula

[Copy link]
Post time 29-9-2024 04:16 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki diperintahkan untuk dibicarakan semula di Mahkamah Majistret selepas dibebaskan pada 2022 daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang remaja penunggang motosikal ketika memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Keputusan itu dibuat adalah untuk membela dirinya selepas mahkamah memutuskan hari ini bahawa terdapat satu kes prima facie terhadapnya.

Tertuduh Tang Ka Leong yang diwakili peguam Yap Hoi Liong memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi dalam panggilan pembelaan pada 14 dan 15 November 2024.

Majistret Oon Kork Chern berkata, beliau telah meneliti hujahan bertulis oleh pihak pendakwaan dan pembelaan, termasuk semua isu yang dibangkitkan oleh peguam bela dalam hujahan mereka sebagai balasan.

“Untuk menubuhkan kes prima facie, adalah menjadi tanggungjawab untuk ambil perhatian bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan perkara berikut; bahawa pada 16 Mei 2020 kira-kira jam 10 malam, tertuduh memandu Toyota Wish di sepanjang Persiaran Brooke menghala ke Jalan Wawasan, Sibu dan menyebabkan kemalangan itu.

“Bahawa paras alkohol dalam badan tertuduh telah melebihi had yang ditetapkan iaitu 162mg alkohol dalam 100ml darah dan tertuduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian mangsa.

“Pada ketika ini, mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua elemen bagi pertuduhan mengikut Seksyen 44(1)(b) dan prima facie dibuat terhadap tertuduh. Justeru, mahkamah ini dengan ini memanggil tertuduh membela diri,” katanya.

Pada 16 Jun 2023, hakim Mahkamah Tinggi Wong Siong Tung mengetepikan pembebasan dan memerintahkan perbicaraan semula kes atas alasan kemungkinan berlakunya kehilangan keadilan.

Dalam kes perbicaraan semula, seramai 11 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Sementara itu, pada 26 September 2022, Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Tang Ka Leong daripada pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian Chipedo Lee Chi Zhen sekitar jam 10 malam di Persiaran Brooke pada 16 Mei 2020.

Keluarga mangsa memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak keputusan mahkamah rendah pada 24 Oktober 2022.

Pada 16 Jun 2023, Mahkamah Tinggi memerintahkan kes itu dihantar semula ke Mahkamah Majistret untuk perbicaraan semula, menyebabkan Tang merayu keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, mahkamah rayuan menolak rayuan itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ayuna Yussoff manakala peguam Boston memegang taklimat pemerhati untuk keluarga si mati.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.063911 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list