CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30943|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri komited pastikan persekitaran media yang adil, saksama

[Copy link]
Post time 30-9-2024 08:43 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Hajiji (berdiri, tengah), Muguntan (berdiri, sembilan kanan) bersama para pemenang pada KPA 2024 merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited untuk memastikan persekitaran media yang adil dan saksama di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri mahu memastikan semua suara didengari dan semua pandangan dihormati.

Beliau memberikan jaminan bahawa menghormati dan melindungi kebebasan akhbar adalah penting untuk kemajuan sosial dan pembangunan demokrasi.

“Kerajaan negeri bertegas dalam hal ini. Justeru, kami akan terus menyokong penganjuran secara tahunan Kinabalu Press Award (KPA) untuk mempromosikan kecemerlangan kewartawanan dan menggalakkan bakat baharu,” katanya ketika di Majlis KPA 2024 di sini, semalam.

Hajiji berkata, pelaporan yang bertanggungjawab memberi kesan kepada integriti berita.

“Wartawan dan organisasi media juga bertanggungjawab untuk mendukung etika, termasuk mengesahkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, menyediakan liputan seimbang merangkumi semua perspektif. Ini akan memastikan laporan kekal adil dan objektif,” katanya.

Beliau turut berasa gembira mengetahui bahawa media di Sabah, secara amnya, telah menunjukkan sokongan dengan melaporkan semua agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri hari ini.

Justeru katanya, adalah penting untuk memperkukuh perkongsian pintar dalam menyebarkan maklumat yang jelas dan tepat kepada rakyat di negeri ini.

Hajiji berkata, KPA yang bertemakan ‘Progress Through Smart Partnership’ adalah tepat kerana beliau percaya kerjasama antara pengamal media dan kerajaan negeri adalah penting dalam menyebarkan maklumat mengenai agenda pembangunan negeri, khususnya pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Pengamal media di Sabah, melalui laporan mereka, boleh memberi tumpuan kepada pembangunan kritikal yang paling memberi kesan kepada negeri dan rakyat selain melaporkan isu-isu lain yang sama penting,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri berbangga untuk terus menjadi penaja utama KPA.

“Saya berharap dedikasi pengamal media terus berada pada tahap tertinggi dalam melaporkan berita yang benar, sahih dan tepat,” katanya.

Beliau turut memuji Shell, Petronas, Qhazanah Sabah Berhad dan terbaru SMJ Energy Sdn Bhd kerana menaja KPA.

“Saya berharap lebih ramai akan mencontohi usaha mereka untuk menyokong industri media,” katanya.

Hadir sama Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar serta  tetamu kehormat yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.074689 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list