CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48698|Reply: 110

Tangan Sabari diikat, mulut ditutup sebelum dicampak ke Sungai Padang Terap

[Copy link]
Post time 1-10-2024 12:07 AM | Show all posts |Read mode





JITRA – Polis hari ini mengesahkan pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di sini dengan tangan diikat dan mulut ditutup dengan menggunakan pita pelekat.


Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, jasad mangsa bagaimanapun belum dijumpai dengan usaha mencari sedang giat dijalankan di lokasi berkenaan.


Katanya, maklumat itu diperoleh hasil pengakuan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang ditangkap pada Jumaat lalu.


“Hasil soal siasat, pengakuan telah dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra.


“Mangsa dicampak dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya, kes Orang Hilang itu berjaya diselesaikan dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana kesalahan membunuh.


“Sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha mencari warga emas tersebut masih diteruskan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dengan bantuan agensi-agensi berkaitan,” ujarnya.




Sementara itu, Fisol berkata, pihaknya telah memaklumkan perkembangan siasatan kes tersebut kepada keluarga mangsa.


“Semua pihak dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati serta menjaga sensitiviti pihak keluarga mangsa. Orang ramai juga diminta untuk membantu dengan menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada polis,” tambahnya.


Dalam pada itu, operasi pencarian mangsa sedang giat dijalankan oleh pihak polis dengan bantuan unit penyelam Pasukan Polis Marin, anggota bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


Difahamkan, operasi berdepan kesukaran berikutan jaringan sungai yang panjang serta berarus deras berikutan kawasan berkenaan juga merupakan lokasi banjir.


Anak mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, dilihat berada di lokasi dan mendengar penerangan daripada pegawai polis mengenai kejadian.




Akhbar sebelum ini melaporkan Sabari hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.


Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun bank milik Sabari.


Kereta jenis Proton Waja dinaiki mangsa kemudian ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik.


Polis mengesahkan penahanan seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan pesara Felcra itu.




Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 1-10-2024 12:14 AM

Nyawa btl2 murahan skrg...den pun jd paranoid..bila bc kes hilang, jd rs mcm mmm mgkin dh tinggalkan dunia fana ni...bila bc ada yg jumpa hidup..ada kelegaan...bila bc mcm2 berita akhir2 ni...blh depress jdnya...mmm

Innalillahi wainna ilaihirojiun...semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati mu pakcik.. Amin dan semoga tabah, sabar dan berusahalah utk redha bg waris2nya... takziah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 30-9-2024 04:12 PM
Nyawa btl2 murahan skrg...den pun jd paranoid..bila bc kes hilang, jd rs mcm mmm mgkin dh tinggalkan ...

Do not mix with the wrong crowd. Trust your instinct. Kat Malaysia ni jarang kes bunuh disebabkan stranger. Biasa sedara mara or kengkawan juga yang aktif bunuh sedara mara sindri or rekan2 sindri di tanahair ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tered lama aiols speku dia dah mati. Betul la. Kenal orang jahat. Tak hati2 walau tau dia jahat. Create peluang untuk dia manifest kejahatan hati dia (i.e. naik kereta berduaan pi tempat asing, etc). Selamat jadik mangsa pemangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
suspek katanya kontraktor yg baiki rumah jiran depan ..
kejam betol cara depa nak “ lupuskan ” bukti..
siap ikat tgn mulut bagai  
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia lagi bahaya dari Pontianak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2024 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-9-2024 04:24 PM
Kat tered lama aiols speku dia dah mati. Betul la. Kenal orang jahat. Tak hati2 walau tau dia jahat. ...

betul sis ,,,, iols ingat chuols ade speku gitue thread awal pakcik nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 01:17 AM | Show all posts
mudahnya 2 orang saspek tu mengaku

konfem kena psycho oleh pegawai penyiasat

contohnya "eh kawan awak sorang lagi tu masa saya soal siasat, dia cakap awak yang suruh bla bla bla"

maka dengan bodoh nya saspek pon jawab "eh sebenarnya dia yang suruh saya bunuh mangsa tu tuan....celaka ko dolah, ko kata aku yang buat ye"

sebab tu ler kalau nak buat jahat, buat sorang2

kalau buat ramai2 ni komfem akan kantoi akibat statement bercanggah/ada yang bocor rahsia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 1-10-2024 01:17 AM
mudahnya 2 orang saspek tu mengaku

konfem kena psycho oleh pegawai penyiasat

Bodoh G ngaku awl sgt
Pd Hal mayat pun X jumpa lg


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 01:38 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 1-10-2024 01:36 AM
Bodoh G ngaku awl sgt
Pd Hal mayat pun X jumpa lg

sebab tu ler serial killer susah nak di jejak

sebab dia buat kerja sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena campak ketika masih hidup ke? Kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.  Betapa besarnya dosa membunuh org muslim...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 1-10-2024 07:55 AM

Suspek tu ambil ddah ke?
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Moga arwah brsama org beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 1-10-2024 08:04 AM
kemaruk replied at 1-10-2024 01:17 AM
mudahnya 2 orang saspek tu mengaku

konfem kena psycho oleh pegawai penyiasat


Tu yg org kata, kalau nk jdi penjenayah ni kne pndai tipu org atau senyap je masa soal siasat, jdi polis xde rekod pengakuan. masa soal siasat, minta polis tunjukkan bukti dlu. No bukti no talk. Sbb kdg2 diorang psyco je tpi xde bukti pun lagi.
Ada satu kes kat us, mmg polis suspek dia mmbunuh. Tapi statement dia byk sangat bercanggah. Sampai ke court pun bercanggah. Court xdpt pastikan kebenaran sbenar. Last2 dia terlepas dri sabitan mmbunuh. Tapi kne dakwa penghinaan mahkamah jelah. Tu pun sekejap. Now dia dah jdi penyiasat persendrian dia kata sbb dia tau cara lepaskan dri sbb tu dia plih kerja tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 07:52 AM | Show all posts
allahuakbar kesiannya..
teringat komen forumer kat thread sebelah yg kata dia menikah kat siam..

zaman skrg ni klu hilang je, mcm xde harapan dah nak ditemui dgn selamat..
semoga Allah pelihara kita & keluarga kita dari perkara2 mcm ni..takutnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:00 AM | Show all posts
kau rasa macam mana pendakwaan nak dakwa
mayat pun tak jumpa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. kesian anak2 mencari last2 tau dah xde kena bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 1-10-2024 01:38 AM
sebab tu ler serial killer susah nak di jejak

sebab dia buat kerja sorang2

Betul jugak tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
bpbbppbp replied at 1-10-2024 07:30 AM
Tu yg org kata, kalau nk jdi penjenayah ni kne pndai tipu org atau senyap je masa soal siasat, jdi ...

tapi hakikatnya dia membunuh ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
duit ke punca mangsa kena bunuh ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.082147 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list