CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23071|Reply: 12

[Jenayah] Najib guna RM300 juta untuk PRU13

[Copy link]
Post time 2-10-2024 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-12-2024 04:34 AM

KUALA LUMPUR: Hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan yang dilakukan oleh bekas perdana menteri itu untuk tujuan peribadi dan politik.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengemukakan soalan tersebut kepada peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa beliau mengemukakan hujah pada akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini.


Hakim Sequerah: Adakah terdapat sebarang perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan politik dan peribadi?


Muhammad Shafee: Kami telah membuktikan bahawa 99 peratus daripada wang dalam akaunnya tidak digunakan untuk tujuan peribadi, sebagai contoh, beliau tidak membeli pesawat peribadi atau membelanjakan semua orang dengan champagne di bar New York, atau perkara seperti itu.


"Yang Arif, saya terpaksa menggunakan istilah ini; ia bertentangan dengan patologi rasuah jika seseorang mengambil wang ini dan membelanjakannya bukan untuk kegunaan peribadi, tetapi untuk manfaat orang ramai, walaupun beliau mungkin merupakan sebahagian daripada orang ramai," kata peguam itu sambil menambah bahawa Najib telah menggunakan RM300 juta yang berasal daripada 1MDB untuk pilihan raya umum 2013.


Ketika ini, Hakim Sequerah menyoal peguam veteran tersebut sama ada terdapat undang-undang kes terdahulu yang menyokong hujahnya.


Sebagai respons, Muhammad Shafee menjawab "ia adalah inferens fakta" dan tiada kes duluan seperti kes 1MDB Najib.


Hakim kemudian meminta komen daripada pihak pendakwaan mengenai perkara ini, dan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kamal Bahrin Omar menjawab bahawa mereka hanya mengambil kira fakta bahawa wang yang didakwa, yang masuk ke dalam akaun Najib, adalah hasil daripada aktiviti haram.


Rakan TPR, Ahmad Akram Gharib, menambah bahawa tidak menjadi hal sama ada Najib menggunakan wang yang didakwa itu untuk tujuan peribadi atau politik.


"Undang-undang menyatakan bahawa ia adalah untuk kepentingannya," katanya.


Najib, 71 tahun, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB d antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.


Beliau turut berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 yang dikaitkan dengan transaksi di AmIslamic Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan.


Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan.
Perbicaraan diteruskan.


-- BERNAMA





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2024 12:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:19 AM | Show all posts
tujuan utama derma rm2.6 bilion tu memang untuk tujuan politik

jadi tak salah kalau najib guna untuk PRU

tapi biasalah, raykat malaysia tak suka dengar penjelasan, lebih suka dengar hasutabn
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:22 AM | Show all posts
duit2 1mdb yang dikatakan "hilang" dan disonglap itu hampir semua dah dikembalikan

malah aset 1mdb pon jauh melebihi hutangnya

jadi tang mana yang merugikan negara?

carilah kebenaran, bukannya mencari hasutan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak sesapa kat sana tolong betolkan facemask najib tu pakaikan elok2?...
Rengsekkkk tgk facemask itu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:58 AM | Show all posts
Ai_kiu replied at 2-10-2024 09:14 AM
Boleh tak sesapa kat sana tolong betolkan facemask najib tu pakaikan elok2?...
Rengsekkkk tgk facem ...



mmg die pakai gitu ke atau super impose
can't tell la plk

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2024 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 2-10-2024 09:58 AM
mmg die pakai gitu ke atau super impose
can't tell la plk

Hahahaahahha super impose ea sis...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan pun. Takde ke gambar yang elok sikit kot ye pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 2-10-2024 12:19 AM
tujuan utama derma rm2.6 bilion tu memang untuk tujuan politik

jadi tak salah kalau najib guna untu ...

duhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
derp replied at 6-12-2024 02:20 PM
duhh

Tu jer?     
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
nape najib pakai mask xcenter bebetul..mcm uncle i..dia  pakai mask tp kt mulut je
adik i ckp uncle nk sorok gg
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 12:53 AM | Show all posts
Woow.. Hanya USD300 million wang korupsi 1MDB yang dihabiskan untuk PRU 13.... Jadi ... Sisanya digunakan Najib untuk apa ?

Apakah anda sebagai rakyat ikut menikmatinya juga ?  ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054019 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list