View: 22609|Reply: 3
|
[Tempatan]
Tak sambut salam Mat Sabu, CEO Mada mohon maaf
[Copy link]
|
|
Tak sambut salam Mat Sabu, CEO Mada mohon maaf
https://www.freemalaysiatoday.co ... eo-mada-mohon-maaf/
FMT Reporters
02 Oct 2024, 12:51 PM
Tangkap layar video tular menunjukkan CEO Mada, Abdullah Ismail seolah-olah enggan bersalaman dengan Mohamad Sabu ketika lawatan menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu di Kedah pada Isnin lalu.
Abdullah Ismail menjelaskan beliau sebenarnya terlebih dahulu bersalaman ketika menyambut Mohamad Sabu.
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perniagaan Peladang (Mada) Sdn Bhd, Abdullah Ismail memohon maaf kerana dilihat enggan bersalaman dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam satu video tular baru-baru ini.
Abdullah menjelaskan kejadian itu hanya salah faham kerana beliau sebenarnya telah bersalaman dengan Mohamad lebih awal sebaik sahaja menteri itu keluar dari kereta ketika lawatan kerja di Kedah Isnin lalu.
“Ketika mengiringi Mohamad yang bersalaman dengan pegawai yang lain beliau telah menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengan saya.
Oleh kerana saya telah bersalaman dengan Mohamad sebelum itu, saya jadi terkedu dan saya terkhilaf kerana tidak bersalaman sekali lagi dengan beliau, katanya dalam satu kenyataan.
Susulan kejadian itu, Abdullah memohon maaf dan mengakui kesilapannya kerana tidak menyambut sekali lagi salam Mohamad.
“Saya dengan rendah diri mengakui kesilapan saya dan memohon maaf di atas salah faham yang berlaku.
Saya berharap penjelasan dan permohonan maaf saya diterima oleh semua pihak yang terasa dengan perbuatan saya, katanya.
Sebelum ini tular satu video yang menunjukkan Abdullah seolah-olah enggan menyambut salam yang dihulur Mohamad ketika lawatan kerja menteri itu di Kedah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambut laaa. apa salah nya salam banyak kali. kan dah timbul salah faham di situ. kalau pun berlainan parti, jgn bawa ke tempat kerja. lawatan rasmi menteri kot |
|
|
|
|
|
|
|
Da boleh kemas meja yachhhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|