CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22330|Reply: 0

[Dunia] Jordan, Iraq, Lebanon tutup ruang udara

[Copy link]
Post time 2-10-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Jordan, Iraq, Lebanon tutup ruang udara

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... -tutup-ruang-udara/

Oleh KOSMO!
2 Oktober 2024, 12:45 pm


Gambar menunjukkan peluru berpandu melintasi Baitulmuqaddis semalam. - AFP

ANKARA – Jordan, Iraq dan Lebanon mengumumkan penutupan ruang udara masing-masing semalam selepas serangan peluru berpandu Iran dilancarkan ke atas Israel, lapor agensi berita Anadolu.

Maklumat itu dikeluarkan dalam kenyataan daripada Suruhanjaya Pengawalseliaan Penerbangan Awam Jordan, Kementerian Pengangkutan Iraq serta Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan Lebanon.

Suruhanjaya Pengawalseliaan Penerbangan Awam Jordan berkata, ia telah menutup sementara ruang udaranya untuk semua penerbangan (masuk, keluar dan transit), lapor agensi berita rasmi negara itu.

Ketuanya, Hytham Mesto menekankan bahawa keputusan itu dibuat susulan ketegangan yang semakin meningkat di rantau tersebut.

“Ia menimbulkan risiko kepada operasi penerbangan dan keselamatan penumpang.

“Langkah berjaga-jaga ini akan dinilai semula berdasarkan perkembangan berterusan dan penilaian risiko,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Iraq, Razzaq Muhaybis Al-Saadawi berkata: “Bagi memastikan keselamatan navigasi udara dan pesawat transit, kami telah mengarahkan penutupan ruang udara Iraq kepada operasi penerbangan.”

Agensi berita rasmi Lebanon pula melaporkan, pejabat media Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan, Ali Hamieh berkata dalam satu kenyataan yang berbunyi: “Disebabkan perkembangan serantau, ruang udara akan ditutup selama dua jam. Selepas itu, penilaian semula akan dibuat untuk menyambung semula penerbangan.”

Dalam pada itu, agensi berita Reuters ketika memetik jurucakap perkhidmatan pengesanan penerbangan, FlightRadar24 sebagai berkata, penerbangan dilencongkan ke mana-mana sahaja yang boleh.

Gambaran trafik udara di rantau itu menunjukkan penerbangan-penerbangan dilencongkan ke utara dan selatan, dengan kebanyakannya bertumpu di Kaherah dan Istanbul. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.247693 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list