CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30135|Reply: 15

Berjaya satukan keluarga isteri, Ubai contoh suami yang baik – Netizen

[Copy link]
Post time 2-10-2024 08:08 PM | Show all posts |Read mode





Netizen meluahkan rasa gembira apabila hubungan penyanyi Shila Amzah dan bapanya, ND Lala sudah kembali jernih apabila dia dilihat berada di majlis akikah anak keduanya, Rhea Akira baru-baru ini disampi berkata Ubai contoh suami yang baik.


Menerusi satu hantaran di Instagram, Shila atau nama penuhnya Nushahila Amir Amzah telah memuat naik beberapa foto memaparkan majlis tersebut.


  



Menerusi ruangan kapsyen hantaran itu, Shila memaklumkan mereka telah mengadakan majlis akikah itu sehari sebelum berangkat ke China.


Pada masa yang sama, Shila juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah hadir sekaligus memeriahkan majlis tersebut.


“Hanya sehari sebelum kami ke China, kami adakan majlis akikah untuk anak kami, Rhea Akira. Terima kasih buat semua keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami,” katanya pada ruangan kapsyen.


Pada hantaran tersebut, Shila dan suaminya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bersama anak perempuan mereka menangkap beberapa foto bersama keluarga dan rakan.


Shila juga tidak ketinggalan berkongsi foto bersama dirinya, Ubai dan anak bersama bapa penyanyi itu yang lengkap mengenakan baju Melayu berona biru.






Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur dan kegembiraan kerana hubungan Shila dan ND Lala semakin baik.









Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mei lalu.


Sebelum ini, penyanyi yang menempa nama di China itu pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum bercerai pada 2022.


Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais, 6.


Sumber - OhMyMedia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorg lagi abg si syada tu x ada.. masih dendam ke dah x de di Malaysia? Rumah banglo diorg tu dah berjaya jual ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 2-10-2024 09:00 PM
Sorg lagi abg si syada tu x ada.. masih dendam ke dah x de di Malaysia? Rumah banglo diorg tu dah be ...

Mungkin ada kat ostolia kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 2-10-2024 09:15 PM
Mungkin ada kat ostolia kot

Dulu dulu ada baca news yg abg xila mcm nak kembang kan business apa nth kt China,, lupa dh aku hahaha,, kene korek balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:37 PM | Show all posts
baguslah dah berbaik... mudahan hidup lebih tenang...
sebenarnye shilalat ni boleh cakap mandarin ke chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 2-10-2024 09:37 PM
baguslah dah berbaik... mudahan hidup lebih tenang...
sebenarnye shilalat ni boleh cakap mandarin ke ...

Boleh. Memang fasih. Kat youtube ubai ada vlog journey shila kat china, hong kong, bali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg i suka sbb ubai ni support career xila. Terus mendunia balik. Dlu dah elok femes, kahwin dgn laki lembam ex dia terus hancus segalanya. Untung she dpt ubai ni. Muda tp matang walupon rupa xsedap dipandang
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg i suka sbb ubai ni support career xila. Terus mendunia balik. Dlu dah elok femes, kahwin dgn laki lembam ex dia terus hancus segalanya. Untung she dpt ubai ni. Muda tp matang walupon rupa xsedap dipandang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 2-10-2024 03:25 PM
Yg i suka sbb ubai ni support career xila. Terus mendunia balik. Dlu dah elok femes, kahwin dgn laki ...

Aiol pun tersuka dah dengan Ubai. Jauh berkarisma dia ni daripada Patamon tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak hensem takpe janji function.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Doa yg baik2 je la ek.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk buat lagu baru utk anak, pls avoid title song "diari rhea" tau shila
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Syada tak tahu malu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 2-10-2024 11:24 PM
Yg i suka sbb ubai ni support career xila. Terus mendunia balik. Dlu dah elok femes, kahwin dgn laki ...

Muka ubai takde la teruk sangat pon..sekali tgk ada la juga manis dia tu.mungkin dia pakai braces tu yg nmpk mcm pelik sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tibeh ubai dpt nama.tah2 shila ni yg baik & pemaaf
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:36 PM | Show all posts

Bukan tak malu. Tapi kena tebalkan muka daripada hidup merempat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.063175 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list