View: 27261|Reply: 45
|
[Jenayah]
Najib ada kepentingan peribadi- hujah terakhir pendakwaan 1MDB
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 6-10-2024 06:56 AM
"Tertuduh yang berada dalam talian mengarahkan BOD membuat keputusan untuk memuktamadkan usaha sama dengan Petrosaudi International berjumlah US$1 bilion walaupun berdepan kegagalan mengumpul dana RM5 bilion daripada IMTN (Bon Nota Jangka Sederhana Islam).
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi dalam dana kekayaan negara itu.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan membuktikan penglibatan dan kepentingan bekas Perdana Menteri itu dalam 1MDB untuk memperoleh keuntungan haram, atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa.
Beliau berkata demikian dalam hujahan pada akhir kes pendakwaan dalam perbicaraan Najib atas tuduhan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
"Satu daripada kejadian utama apabila Najib dilihat melindungi kepentingan peribadinya dalam syarikat ialah penukaran nama daripada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) kepada 1MDB.
"Pegawai khas Najib SP8 (saksi pendakwaan kelapan) Amhari Effendi Nazarudin mengesahkan bahawa tertuduh mahu TIA menjadi kenderaan khas untuk pelaburan strategik di luar negara dengan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low bertindak sebagai pengarah.
"Tidak lama selepas TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan, dengan tertuduh ialah Menteri Kewangan pada masa itu, nama telah ditukar kepada 1MDB pada 25 Sept 2009.
"SP15 turut memberi keterangan bahawa tertuduh meminta beliau melupakan kisah lepas yang merujuk kepada isu IMTN. SP15 memberi keterangan bahawa pada masa perbualan telefon itu, BOD masih membuat pertanyaan berhubung IMTN. SP15 juga berkata keputusan untuk tidak merekodkan perbualan telefon itu dalam minit mesyuarat adalah untuk melindungi tertuduh," katanya.
Semasa Najib memegang jawatan, Ahmad Akram berhujah bahawa kerajaan Malaysia telah mempercepat pengeluaran jaminan kerajaan (GG) untuk pinjaman baharu sebanyak US$3 bilion pada 2013 oleh anak syarikat 1MDB tanpa mengikuti prosedur yang betul kerana GG itu dikatakan sebagaimana yang Najib mahukan.
Ahmad Akram turut berhujah bahawa bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh iaitu SP15 telah memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat lembaga pengarah (BOD) pada 26 Sept 2009, Jho Low yang bukan sebahagian daripada 1MDB, telah menyerahkan telefonnya kepada Mohd Bakke, dengan tertuduh berada dalam talian.
"Surat Sokongan bertarikh 14 Mac 2013 ditandatangani oleh tertuduh sebagai Menteri Kewangan secara efektif bertindak sebagai jaminan kerajaan untuk hutang US$3 bilion, bermakna kerajaan Malaysia perlu menanggung hutang itu jika anak syarikat 1MDB tidak dapat membuat pembayaran balik.
"Pengumpulan dana US$3 bilion pada 2013 berlaku sekelip mata dan menurut SP42 bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang memberi keterangan bahawa tertuduh mengarahkan beliau untuk mempercepat urusan itu pada Januari 2013 dan susulan arahan itu, pengumpulan bon berkenaan dibuat tanpa ketelitian sewajarnya dan hanya berdasarkan beberapa helai dokumen yang dibekalkan 1MDB," kata Ahmad Akram.
Ahmad Akram berkata Najib juga secara sistematik telah menyingkirkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah daripada mengendalikan urusan 1MDB apabila tertuduh tidak menghiraukan amaran Ahmad Husni berkenaan penubuhan 1MDB dengan mengatakan, "Saya akan teruskan".
"Ahmad Husni, yang merupakan saksi pendakwaan ke-20 memberi keterangan bahawa beliau menyuarakan kebimbangan dan menasihatkan keperluan mengikuti protokol, dengan mencadangkan kepada Najib supaya kajian kebolehlaksanaan dilakukan untuk mendapatkan gambaran jelas berhubung sifat perniagaan serta risiko dan liabiliti yang terlibat.
"Ketika itulah SP20 menyedari bahawa kehadirannya dan pandangannya tidak diterima dalam urusan berkaitan 1MDB. Selepas itu, SP20 cuba untuk berbincang dengan tertuduh mengenai perjanjian usaha sama Petrosaudi-1MDB, namun tertuduh dengan tegas menjawab, 'Husni, (bermula) hari ini, anda tidak perlu terlibat. Saya tidak mahu anda campur tangan dalam 1MDB'," katanya.
Ahmad Akram berkata tindakan ini jelas menunjukkan Najib mempunyai kepentingan dalam 1MDB apabila beliau mengetepikan Ahmad Husni sebagai satu-satunya individu yang mempunyai pengaruh terhadap syarikat itu dalam Kementerian Kewangan.
Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 5-10-2024 01:21 PM
memang ler najib tak tau, sebab pegawai ambank sendiri mengaku jho low bagi arahan supaya jangan m ...
“Surat Sokongan bertarikh 14 Mac 2013 ditandatangani oleh tertuduh sebagai Menteri Kewangan secara efektif bertindak sebagai jaminan kerajaan untuk hutang US$3 bilion, bermakna kerajaan Malaysia perlu menanggung hutang itu jika anak syarikat 1MDB tidak dapat membuat pembayaran balik”
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sampai sekarang takde bukti najib bagi arahan pada jho low untuk songlap
setakat tersentap macam si husni tu tak membuktikan apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 3-10-2024 12:50 AM
sampai sekarang takde bukti najib bagi arahan pada jho low untuk songlap
setakat tersentap macam si ...
Antara bang Kem Dan husni, siapakah yg lebih Arif dn memahami selok belok serta risiko/ konsekuennya berkaitan 1MDB. Bang Kem memperlekehkn Husni yg terlibat lebih awal duduk dlm komiti berkaitan. Bag Kem senggol sedemikian spr BK lebih tau. Begitulah? |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk sudah terminum air burit rosmah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
"Pengumpulan dana US$3 bilion pada 2013 berlaku sekelip mata dan menurut SP42 bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang memberi keterangan bahawa tertuduh mengarahkan beliau untuk mempercepat urusan itu pada Januari 2013 dan susulan arahan itu, pengumpulan bon berkenaan dibuat tanpa ketelitian sewajarnya dan hanya berdasarkan beberapa helai dokumen yang dibekalkan 1MDB," kata Ahmad Akram.
ni payahnya bila yb pgg kementerian
even org no 1 dlm bidang mngmt pun terpaksa ngikut jekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Akram berkata Najib juga secara sistematik telah menyingkirkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah daripada mengendalikan urusan 1MDB apabila tertuduh tidak menghiraukan amaran Ahmad Husni berkenaan penubuhan 1MDB dengan mengatakan, "Saya akan teruskan".
mesti heols happy sgt2 sbb kena sack
klu x memasal kena scapegoat
btw die appointed tak kt memana glc or company
rsnya dh x join politik kan
|
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya org no.1 kementerian waktu tu (irwan serigar) inform kepada menteri kewangan pada ketika itu yang benda ni adalah salah. Beliau sepatutnya jangan ikut sahaja arahan najib tapi perlu mangadu dekat menteri kewangan ketika itu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai aekarang takde bukti najib mastermind songlap
Setakat najib jadi penasihat 1mdb tu memang ler, dah dia menkew masa tu
Mana dia bukti najib jadi mastermind? Mana?? Manaaa????? |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 3-10-2024 01:28 PM
Antara bang Kem Dan husni, siapakah yg lebih Arif dn memahami selok belok serta risiko/ konsekuen ...
Kesilapan najib masa tu sebab kena lipat jho low dan sekutunya
Tapi bukan najib yang sengaja songlap seperti fitnah selama 10 tahun kebelakangan ini |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 3-10-2024 01:45 PM
kemaruk sudah terminum air burit rosmah ni
Juboq hang masih lecet ke ipan |
|
|
|
|
|
|
|
adios ajib. semoga dapat membele diri hujung bulan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Andaikata Najib terkhilaf sampai kena lipat dgn J Low, that showed how very careless Najib mengendalikan perihal 1MDB. Seharusya sbg Men Kewangan ketika itu dn ketika berurusan dgn hal yg melibatkan negara dn duit yg terlalu banyak, Najib sepatutnya put extra effort to be very-very careful: never trust people with money, not even Rosmah shall I say.
Entah apalah 'ayat2 cinta' yg dihembuskan si JL kpd Najib shnga Najib jadi khayal, hanyut dgn dongeng2 laba keuntungan yg bakal diperoleh., namun terjadi pula yg disebaliknya. JL pintar bersandiwarsa dn dilakukan membelakangi Najib. Akhirnya Najib terperangkap ke dlm jurang yg terlalu dalam, payah nak lepaskan diri. Dianggap fitnah, Najib berusaha membersihkan nama baiknya, sanggup bersumpah mubahalah, juga menyanggupi laknat yg bakal diterima, laknat juga Najib berpesan kpd mereka yg telah memfitnahnya.
Berat sebenarya kesanggupan Najib bersumpah sedemikian sekalipun dgn niat untuk menangkis fitah dn tohmahan. Kalaupu benar Najib 'tidak tau/tidak sedar', rupa2nya banyak lagi hal2 yg Najib tidak tau menyelit dlm segala yg dia tidak tau.
Menyanggupi kifarah laknat dn mengharapkan laknat pula kpd yg memfitnahnya, ttpi apa yg jelas dn terlihat pada hari ini, apakah segala mala petaka yg Najib lalui sekarang semata2 kerana fitnah atau itulah laknat yg sudah Najib sanggupi dahulu, lafaz atas nama Allah dn di dlm masjid.
Benar atau salah apa yg sudah Najib lakukan, biarlah mahkamah dunia memutuskan. Najib tidak sepatutnya bersumpah laknat. Tapi Najib sudah terlanjur, terlanjur mau membersihkan nama dia drp segala 'fitnah dn tohmah' walhal Allah maha Tau apa yg berlaku. Dn ketika hendak menafikan tohmahan bertunjangkan Wallahi, Wabillahi dn Watallahi, rupanya Najib lupa dan tidak sedar akan kosekuennya, sama spt Najib tidak sedar, tidak tahu apa yg berlaku berkaitan 1MDB terjadi di belakangnya. Miris sekali nasib Najib.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manop at 3-10-2024 08:22 PM
masih lagi eh nak main naratif kona sana sini...ko ingat org bodoh cam ko ke..tandatangan/signature milik siapa? guna duit negara kot bukan duit sendiri tanpa kelulusan parlimen
kelentong kuat..propa as usual...
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 3-10-2024 07:20 PM
Andaikata Najib terkhilaf sampai kena lipat dgn J Low, that showed how very careless Najib mengend ...
Najib ditipu oleh orang berpengaruh, bukannya ditipu oleh macau scam, atau penjual ubat kat chowkit, atau ahli politik sayaaa ulaanggg
Yang menipu najib ialah pegawai khas beliau sendiri, pegawai goldman sachs, serta jho low yang ada pengaruh kuat di dunia arab
Jangan nampak khilaf najib sahaja.. khilaf kita yang memfitnah najib macam2 pula bagaimana? |
|
|
|
|
|
|
|
manop replied at 3-10-2024 08:16 PM
masih lagi eh nak main naratif kona sana sini...ko ingat org bodoh cam ko ke..tandatangan/signature ...
Tandatangan boleh ditiru
Peguam najib memang nak masukkan bukti yang tandatangan najib ditiru, tapi ditolak oleh mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
Najib yg berpengaruh pun tetap boleh ditipu oleh orang2 dekatnya, bererti mereka lebih bijak dn lebih berpengaruh drp Najib. En Husni tentu pernah memberi bayangan untuk lebih berhati2 ttpi Encik Husni pula ditendangnya keluar. En Husni gagal mempengaruhi Najib.
Khilaf Najib, jelas terlihat hari ini apabila satu persatu Najib dihujat dgn pelbagai masalah. Truely I wonder mcmane Najib boleh lalui kehidupan seharian, dlm penjara dn setiap saat memikirkan betapa gawatnya masalah yg dia hadapi. Berselera makankah dia, lenakah tidurnya. Dn Najib harus membayar khilafnya (akibat fitnah rakyat?) dgn tuntutan mahkamah waktu demi waktu.
Rakyat memfitnahnya, berapa ramai rakyat yg memfitnah Najib? Akibat 'fitnah' rakyat, berbalek semula kpd rakyat bilamana rakyat juga harus menebus hutang negara/1MDB gara2 Najib. Adil kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 4-10-2024 03:41 PM
Najib yg berpengaruh pun tetap boleh ditipu oleh orang2 dekatnya, bererti mereka lebih bijak dn l ...
Umpama manager bank yang upah pak guard jaga bank
Pak guard bersekongkol dengan pegawai bank dan orang luar nak curi duit.. dorang rancang elok2 tanpa pengetahuan manager bank
Adakah manager bank harus dipersalahkan sepenuhnya bila berlaku rompakan di bank? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 4-10-2024 03:53 PM
Deleted, dbl postig |
|
|
|
|
|
|
| |
|