View: 10142|Reply: 27
|
[Tempatan]
Menteri Fadhlina tak setuju cikgu plg ramai ambil MC.Tak bertanggungjawab, cetus persepsi negatif terhadap profesion keguruan katanya
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 4-10-2024 03:58 PM
Latifah Arifin
Oktober 4, 2024 @ 12:46pm
[email protected]
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. - NSTP/FAIL
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan dakwaan mengaitkan guru sebagai kumpulan penjawat awam paling ramai terbabit salah laku memalsukan sijil cuti sakit (MC) sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Menegaskan dakwaan itu mencetuskan persepsi negatif terhadap profesion keguruan, beliau berkata, isu terbabit tidak sepatutnya berbangkit kerana tatakelola penjawat awam sentiasa diberi perhatian demi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Tambahnya, Kementerian Pelajaran (KPM) mengambil serius laporan sebuah akhbar baru-baru ini mengenai dakwaan berkenaan.
"Pada waktu ini terdapat lebih 400,000 guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar awal minggu ini yang memetik kenyataan CUEPACS bahawa guru kumpulan penjawat awam paling ramai memalsukan MC, selain ada dikesan sengaja memohon cuti kecemasan (EL) untuk kepentingan peribadi.
CUEPACS dilaporkan berkata, setiap tahun, kira-kira satu hingga dua peratus daripada 10,000 penjawat awam dikenal pasti memberi MC palsu, selain sengaja menggunakan cuti kecemasan semata-mata mahu melanjutkan tempoh bercuti.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM juga mempunyai peraturan yang jelas bagi menangani isu tatatertib penjawat, selain pemantauan berterusan di setiap peringkat.
"Penjawat awam yang terbabit dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan. Kementerian melaksanakan pelbagai usaha untuk memelihara kesejahteraan warga pendidik termasuk menerusi tujuh langkah bagi menangani beban tugas guru.
"KPM turut tekad untuk terus memartabatkan profesion keguruan. Profesionalisme guru mendidik anak bangsa perlu disanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat," katanya.
Terdahulu pada Selasa lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) turut menyifatkan dakwaan CUEPACS itu tanpa disertakan data sahih dan bukti kukuh, sebagai sangat tidak bertanggungjawab.
Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon, berkata ia secara langsung mempertikai profesionalisme 450,000 guru yang sangat cemerlang menjalankan tugas mendidik anak bangsa.
Dakwaan itu juga, katanya, secara tidak langsung mempertikai tahap profesionalisme serta etika kerja pegawai perubatan yang komited menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebab ramai cikgu ialah perempuan. Perempuan kan banyak sakit mengandung, lepas tu beranak lagi. Beranak pulak almost setiap tahun berderet deret. Tak macam kerjaya lain macam doktor nurse bz selalu shift malam xde masa nak buat anak ramai ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
chegu syok berforum kot ..tak pun main MLM |
|
|
|
|
|
|
|
Fadlina weh...sekolah ank aku memanjang jadual anjal..bukan sb cikgu mc tp bnyk nau aktiviti pertndingan nk kena hadap...hbs bila dia nk mengajor???isu dh berbelas thn pun ko xleh nk settlekan ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Buat je la peraturan baru elaun bulan2 bayar penuh klau xde mc, 1 hari mc deduct rm100 elaun, cer tengok ramai lg x cikgu amik mc? |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 6-10-2024 11:06 AM
Buat je la peraturan baru elaun bulan2 bayar penuh klau xde mc, 1 hari mc deduct rm100 elaun, cer te ...
teringat tmpt keje iols dulu, elaun makan+motokar akan ditolak ikut bilangan mc
6bulan kedatangan penuh dpt bonus rm300 |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 6-10-2024 10:22 AM
Fadlina weh...sekolah ank aku memanjang jadual anjal..bukan sb cikgu mc tp bnyk nau aktiviti pertndi ...
Macam2 xtiviti kan sis.. makin teruk tak belajar tahun ni... |
|
|
|
|
|
|
|
penjawat awam tertinggi dari kementerian mana? kalau dah teramai , mestilah jad peratusan tertinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 6-10-2024 11:29 AM
teringat tmpt keje iols dulu, elaun makan+motokar akan ditolak ikut bilangan mc
6bulan kedatanga ...
Kpi 250 tiap bulan kalo tadak mc.
Sehari mc burn 250 |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 6-10-2024 11:29 AM
teringat tmpt keje iols dulu, elaun makan+motokar akan ditolak ikut bilangan mc
6bulan kedatanga ...
Tp tu la kan......klau cuti yg dirancang org yg nak ganti pun senang hati tp klau mc or el ni blh buat kerja hari tu jd huru hara.....
|
|
|
|
|
|
|
|
12thn kat sekolah x pernah ada cikgu2 aku mc memanjang.ade sorg pun tp sbb dia betul2 sakit.tp since dia fav teacher aku,elok je aku SPM dpt A |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 6-10-2024 10:22 AM
Fadlina weh...sekolah ank aku memanjang jadual anjal..bukan sb cikgu mc tp bnyk nau aktiviti pertndi ...
Yg pelik suka buat sukan dkt2 blaka. Skolah aku pernah 20 org ckgu xde. Hampir 40% xde ckgu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tenkiu big boss senantiasa bekky weols. |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan kalau senggugut tetiap bulan mc cemana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 7-10-2024 12:38 AM
Tenkiu big boss senantiasa bekky weols.
cuols sarcastic ke btl tnkiu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sakit, mc lah.. nt berjangkit kat budak2 payah pulok |
|
|
|
|
|
|
|
Heydidle replied at 6-10-2024 05:04 PM
cuols sarcastic ke btl tnkiu ni
Betul la. Sheol ni big boss yang reti defend orang2 bawah.
|
|
|
|
|
|
|
|
yg doktor,nurse semua ni ko memboyot pon kene attend patient..ade doktor tu ai pelik ape la bunyi bruuuut bruuutttt brtuuut...rupenye duk ngepam susu dlm baju...jenis yg handsfree la kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ni ai setuju sgt2 weh..skola anak ai mcm2 program..x bg attend kang mcm sekat aktiviti anak2..
|
|
|
|
|
|
|
|
3480 replied at 7-10-2024 01:33 AM
Dah sakit, mc lah.. nt berjangkit kat budak2 payah pulok
Ye betul dah sakit mc lah, rehat kat umah. Meols selalu fikir, kalau demam perlu cuti sbb tanak kwn2 lain jangkit dari kita.
Tapi sebenarnya bdn kita yg x sihat ni yg mudah jangkit dari org sekeliling yg ada penyakit tah apa2. Sepupu meols demam (x teruk sgt) pegi umah org kwen (hari Sabtu). Balik tu lagi teruk demam dan meninggal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|