CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7837|Reply: 9

[Tempatan] Dua wanita buat kecoh akan dihantar pulang - Duta Palestin

[Copy link]
Post time 4-10-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 5-10-2024 02:06 AM

KUALA LUMPUR: Dua wanita Palestin yang membuat kekecohan dan merosakkan harta benda awam di Wisma Transit seperti yang tular dalam media sosial akan dihantar pulang ke Gaza dalam masa terdekat.

Mereka berdua adalah sebahagian daripada 127 orang awam Palestin yang di bawa ke negara ini pada 16 Ogos untuk menerima rawatan perubatan berikutan serangan Israel ke atas Gaza.

Wanita itu dikesan berkelakuan tidak terkawal di Wisma Transit, lokasi penduduk Palestin yang cedera dan keluarga mereka ditempatkan ketika tempoh rawatan perubatan diberikan.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali mengesahkan kepada New Straits Times wanita dalam video itu akan dihantar pulang ke Gaza.

Katanya, ia diputuskan selepas pertemuannya dengan Kementerian Pertahanan dan wakil Ops Ihsan hari ini bagi membincangkan insiden itu.

"Kami bersetuju bahawa ini adalah insiden terpencil. Ia tidak mewakili rakyat Palestin tetapi tindakan itu sangat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Walid turut memberi amaran kepada rakyat Palestin di Malaysia yang lain supaya menjaga kelakuan mereka.

"Bagi mereka di sini, jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh kembali ke tempat asal mereka. Menghantar wanita ini pulang harus menjadi pengajaran kepada yang lain," katanya.

Katanya, kerajaan Palestin sangat menghargai bantuan yang dihulurkan kepada mereka oleh Malaysia dan rakyatnya.

"Rakyat Palestin yang cedera dan saudara mereka di sini harus menghargai apa yang kerajaan Malaysia lakukan untuk membantu mereka.

" Semasa mereka berada di sini, mereka mesti menghormati undang-undang tuan rumah. Mereka juga harus menghargai peluang yang diberikan kepada mereka, berbanding ribuan lain yang masih menderita di tanah air di Gaza. Mereka di sana tidak mempunyai bantuan seperti ini," katanya.

Walid turut mengecam kejadian itu malah memohon maaf bagi pihak masyarakat Palestin.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2024 11:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai rupanya yang dibawak masuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Uuu garang. Meols like.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni filter betul2 supaya the karens of Palestinians tak masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen² terpaling pales**** kat tiktok kemain lgi nafikn yg terlibat org Palestine. Orang erab katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacangmanis replied at 4-10-2024 03:20 PM
Komen² terpaling pales**** kat tiktok kemain lgi nafikn yg terlibat org Palestine. Orang erab katan ...

Haih.

Haih.

Haaaiiiihhhhhhhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar je balik semua.
Mana yg dh sihat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 12:02 AM | Show all posts
tak suka belah je...x payah tahan.

biar duduk kat gaza dgn wabak2 tu..atau ke egypt ebih sesuai dgn puak2 theyols>
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tak jadi je kan hantar?
Ada munteri tak setuju
Padahal duta pun setujuk je hantar balik
Maybe sbb hantar kat gaza kot nampak kejam laa
bistu nk hantar mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.142899 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list