CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15354|Reply: 22

‘Takut nak kahwin, Zara Zya adalah wanita terbaik pernah hadir dalam hidup saya’ - Hafreez Adam

[Copy link]
Post time 7-10-2024 08:13 AM | Show all posts |Read mode





“SEJUJURNYA Zara Zya adalah antara wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya.”


Itulah reaksi pelakon Hafreez Adam tatkala mengimbau semula ikatan pertunangan dengan pelakon Zara Zya yang hanya terjalin sekitar sebulan sahaja.


Membuka lipatan sejarah yang tersimpan rapi mengenai episod suram yang berlaku sekitar 2019 silam, Hafreez atau nama lengkapnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, 34, tidak meletakkan kegagalan pertunangan tersebut di bahu sesiapa.


Percaya hukum rezeki, Hafreez yakin suatu hari nanti dia akan dipertemukan dengan wanita yang sepadan dengan jiwanya sesuai izin Tuhan.


“Waktu saya dengan Zara putus tunang dahulu, kami berbincang selama berjam-jam bagi membuat pertimbangan sehabis baik dan saling tidak menyimpan dendam antara satu sama lain.


“Saya datang daripada keluarga yang ibu bapa berpisah. Jadi saya tidak  mahu anak-anak menjadi mangsa.  Saya juga tidak mahu apabila sudah berumah tangga, ada antara kita yang saling berubah hati dan bercerai.


“Sekiranya perceraian itu berlaku hanya melibatkan dua individu saya tidak menjadi masalah.


“Tetapi bagaimana jika ada anak-anak, mereka perlu melalui fasa perceraian ibu bapa dan gangguan emosi termasuk tekanan masyarakat,” hurainya dengan penuh perasaan.







Meneliti bicaranya, Hafreez enggan membenarkan apa yang pernah dilaluinya sebelum ini turut dirasai anaknya jika mereka mempunyai cahaya mata kelak.


“Bapa saya melalui fasa beberapa kali gagal dalam perkahwinan. Itu juga antara punca saya takut untuk berkahwin kerana bimbang orang akan samakan kehidupan ayah dengan saya.




“Sebolehnya perkara itu yang paling saya mahu elakkan,” ujarnya.




Malah, saat hadir ke acara Anugerah Skrin pada November 2019 lalu, Hafreez dan Zara mendedahkan mereka sudah lebih sebulan putus tunang.




Bagi mengurangkan kerisauan, dia juga mengunyah gula-gula getah sepanjang acara terlangsung kerana bimbang ada khalayak yang bertanyakan tentang perancangan perkahwinan mereka.


“Sepanjang acara berlangsung saya memang gementar. Bimbang jika ada yang mengetahui bahawa kami sudah putus tunang. Saya memang tidak boleh fokus di majlis,” katanya.


Meskipun sebelum ini sudah beberapa kali gagal mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin, Hafreez bagaimanapun tidak patah semangat atau jemu dalam mencari cinta baharu.


Pernah bercinta dengan beberapa wanita termasuk pelakon Azar Azmi, Hafreez mencari pasangan yang bukan sahaja dapat menerima dia seadanya, tetapi mampu menjaga hubungan baik dengan keluarganya.




“Bukan menolak komunikasi, tetapi saya bukan jenis yang suka ‘bergayut’ berjam-jam untuk berbual.


“Cukup sekadar bertanya khabar dan berkongsi cerita penting apa yang berlaku pada hari itu. Bukan sepanjang masa perlu keluar bersama atau menelefon.


“Saya pula jenis yang suka duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan keluarga.


“Jika ingin keluar ‘dating’ juga perlu  bawa bersama adik atau kakak. Saya tidak pernah keluar berdua dengan kekasih saya,” jelasnya.







Mengakui berasa seronok sekiranya mempunyai pasangan, Hafreez tidak menafikan akan terhimpit rasa bosan untuk berada dalam fasa mengenali.  


Tempoh tersebut bukan situasi yang digemari Hafreez kerana dia perlu berkongsi semula cerita tentang dirinya daripada awal dengan pasangan baharu.


“Saya tidak pernah jemu untuk mengenali sesiapa cuma kadangkala ada rasa penat kerana perlu menceritakan semula tentang diri saya dari awal.




“Tidak dinafikan senang untuk bercinta dengan sesama pelakon kerana sudah saling memahami lebih-lebih lagi soal kerjaya.


“Tetapi elok juga bercinta dengan wanita yang bukan selebriti kerana khalayak tidak mengetahui apa-apa.


“Jika bercinta dengan artis, apa yang yang dikongsikan dalam media sosial tentu akan dikaitkan dengan saya. Itu merimaskan,” katanya.   


Sumber  – Hibglam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 08:53 AM | Show all posts
vibes kelempok sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakyu lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan ko ke yg mintak putus dulu…kesian zara masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:37 AM | Show all posts
nyah, tengok muka pun tau kelempok. keluar je la lemari & jadi rakyat biasa.. kau pun dah sendu sgt. kau tunjuk boipren pun org tak kisah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:37 AM | Show all posts

tu pun ada org kata dia straight satu tika dulu.... kohkohkoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2024 10:25 AM | Show all posts
gay kot dia ni? asyik ulang pasal zara zya ja?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
achik bkenan sorg lg
apanama azriel ke apa tu
iras dia jg tu
kihkihkihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpayah la berkawen dan berlakon sekali.

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu dia ada blog masa zaman muka dia berjerawat. Masa tu kita boleh tengok blog apa yg blogger tu follow. Sesuatu sangat tengok blog yg dia follow
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 11:43 AM | Show all posts

nampak sesuatu sangat kann....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Apo putus 2019 dah nak masuk 2025 duk dia wanita terbaik lagi. Dah lah dia yang minta putus kan hahaha. Kalau aku jadi Zara Zya maki kan je jantan gini
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 11:55 AM | Show all posts
lah heolls adek2 juga kah? kenapa iolls tak dapat detect
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:08 PM | Show all posts
podcast zz tgh viral time ni jgk la dia nak bercerita kisah lama ngn zz
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:20 PM | Show all posts
Cukup sekadar bertanya khabar dan berkongsi cerita penting apa yang berlaku pada hari itu. Bukan sepanjang masa perlu keluar bersama atau menelefon.


“Saya pula jenis yang suka duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan keluarga.


“Jika ingin keluar ‘dating’ juga perlu  bawa bersama adik atau kakak. Saya tidak pernah keluar berdua dengan kekasih saya,” jelasnya.



aku yg baca pun rengsa. ingat ye, masalah komunikasi boleh jd punca perceraian.

aku tgk Zara tu matang, ko dh beruntung dpt perempuan yg matured. bukan jenis mengada, kaki tiktok joget tonggek etc. ko yg redflag.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Zara deserve batter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara yang terbaik katanya. Yang lain ada? Betul ke dia gay? Mcmana Uolls tau. Tapi kalau ada jodoh masuk la meminang lagi. Zara pun single. Tapi mcm dah move on lama.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana korang tau dia kelempok?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
please spill link page blog dia..dulu I da dpat page blog si Mimi Lana omg cringe gleeew
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Who are yous ko ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060830 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list