CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6584|Reply: 2

[Tempatan] Edisi curi tulang:Mahkamah Pertahan Coway Malaysia Pecat Kakitangan Main PS4 Waktu Kerja

[Copy link]
Post time 8-10-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mahkamah Perindustrian melihat tindakan memecat pekerja yang didapati bermain permainan video PlayStation 4 (PS4) semasa waktu kerja oleh Coway (Malaysia) Sdn Bhd adalah adil dan mengikut hak syarikat, lapor NST.



Dalam keputusan yang dikeluarkan oleh Pengerusi, Mohd Zulbahrin Zainuddin, tindakan syarikat Coway didapati sah dalam memecat Syaireel Ammir Musa.

Bekas pekerja itu ditamatkan perkhidmatannya kerana melanggar polisi syarikat selepas bermain PlayStation 4 bersama beberapa orang bawahannya di premis syarikat antara 23 dan 26 Ogos 2022.

Syaireel, yang mula bekerja sebagai jurulatih teknikal junior di Coway pada tahun 2015, dikatakan ditangkap oleh pengurus jabatan, Nur Amirul Sawaludin, ketika sibuk bermain permainan video.

Satu siasatan dalaman telah dijalankan oleh syarikat selepas menerima aduan daripada pengurusnya, yang akhirnya membawa kepada pemecatan perkhidmatan Syaireel pada 4 November 2022.

Dalam penghakimannya yang bertarikh 2 Oktober 2023, Zulbahrin menjelaskan bahawa tiada sebarang kecacatan dalam keseluruhan proses siasatan yang dijalankan oleh syarikat.

Lebih penting lagi, Syaireel sendiri mengakui dalam perbicaraan bahawa beliau memang bermain permainan video semasa waktu kerja, yang jelas melanggar peraturan syarikat.

“Adalah jelas daripada pengakuan pengadu bahawa dia bermain permainan video semasa waktu kerja, yang mana ia dilarang oleh polisi syarikat.

“Dia seharusnya sedar bahawa terlibat dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan kerja bukan sahaja melanggar peraturan, malah ia juga dilarang dari segi ajaran agama,” tegas Zulbahrin dalam keputusannya.

Beliau turut menambah bahawa tindakan Syaireel menjadikan premis syarikat sebagai tempat untuk “melepaskan tekanan” dengan bermain permainan video adalah satu bentuk pelanggaran peraturan syarikat.

Lebih memburukkan keadaan, tiada sebarang kebenaran rasmi diberikan oleh pihak syarikat untuk berbuat demikian.

Semasa perbicaraan, Syaireel turut gagal menunjukkan sebarang bukti mengenai elemen ‘mala fide’ (niat jahat) atau tindakan tidak beretika oleh pihak syarikat semasa proses siasatan dalaman dijalankan.

Mahkamah akhirnya memutuskan bahawa pemecatannya dilakukan atas sebab yang adil dan berasaskan bukti kukuh.

“Pihak syarikat telah berjaya membuktikan, berdasarkan imbangan kebarangkalian, bahawa penamatan perkhidmatan pengadu dilakukan dengan sebab yang adil dan munasabah,” kata Zulbahrin dalam keputusan bertulisnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 08:37 AM | Show all posts

bodoh tu jgn bawak kampeni lain tawwww
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 08:43 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 8-10-2024 08:37 AM
bodoh tu jgn bawak kampeni lain tawwww

nak pecat org ada procedurenya...warning letter etc...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.042110 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list