CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 39220|Reply: 37

Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025

[Copy link]
Post time 8-10-2024 11:08 PM | Show all posts |Read mode





JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur pada Januari 2025, menurut Menteri Sistem Negara dan Reformasi Birokrasi, Abdullah Azwar Anas.


"Malam tadi, saya menerima arahan daripada Presiden melalui Pak (Menteri Sekretaris Negara) Pratikno untuk memindahkan penjawat awam ke IKN pada Januari," katanya pada majlis anjuran pejabatnya di Jakarta hari ini.


Beliau menyatakan bahawa rancangan asal kerajaan adalah untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota masa depan itu pada September lalu.


"Namun, kami kemudian diarahkan untuk memperbaiki ekosistem terlebih dahulu," tambah Anas.


Menteri itu kemudiannya menekankan bahawa pihaknya akan segera merangka skim penempatan semula dan insentif untuk penjawat awam yang akan ditempatkan di Nusantara.


Sehubungan itu, Anas memastikan bahawa beliau dan pembantunya akan terus berusaha lebih keras bagi memastikan kejayaan pemindahan berkenaan.


Sementara itu pada Jumaat (4 Oktober), Menteri Perancangan Pembangunan Negara Suharso Monoarfa mengesahkan bahawa pemindahan penjawat awam itu ditangguhkan kerana keperluan untuk membuat persediaan yang lebih baik berhubung kediaman, pejabat, dan rangkaian internet.


Menteri itu turut menekankan kemungkinan kerajaan menangguhkan pemindahan berkenaan ke Oktober atau November.


Walau apa pun rancangan itu, beliau memastikan bahawa Pihak Berkuasa IKN (OIKN) terus berusaha membangunkan kemudahan awam yang mencukupi untuk keselesaan penjawat awam, seperti hospital dan sekolah.


"Sekolah antara lain belum disediakan. Oleh itu, saya fikir belum sesuai untuk anak-anak penjawat awam berpindah ke sana," katanya.






Sumber - BERNAMA-ANTARA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Klaim budaya kelewatan … @nusaraya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangunan belakang tu dah siap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Barang beli

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Barang sampai



Yang aneh² aje..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Plan asal nk pindah julai lps, dh bbrp kali tunda, ni tahun depan plk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2024 10:10 AM | Show all posts
by januari semua fasiliti dah lengkap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:16 AM | Show all posts
buruk sangat pejabat presiden
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 10:22 AM | Show all posts
jauh tu nk pindah..

kt msia pindah ke putrajaya je tkde la jauh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:23 AM | Show all posts
'laman perdana' tmpt mkn2 dia kt mana

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangunan tu buruk sangat...macam taman tema.

Buat lah ada senibina Europe. Baru nampak Sistem Republik kau tu datang dari Europe.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 9-10-2024 10:23 AM
'laman perdana' tmpt mkn2 dia kt mana

Makan kat laman rumah @nusaraya je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:27 AM | Show all posts
duri_durians replied at 9-10-2024 10:22 AM
jauh tu nk pindah..

kt msia pindah ke putrajaya je tkde la jauh sgt

antara nusantara ke sempadan sarawak yg plg dekat
lbh kurang jarak jb ke tg malim

tp ye
serius jauh gila
sbb kena pindah antara pulau ke pulau lain
pulau tu plk bkn dekat
ni kira pindah for good
settlement terus kt kalimantan tu




Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
makcik2 gomen yg pindah. kan.

makcik2 pakcik2 gomen = penjawat awam = PNS

kat sana dorang panggil org keje gomen PNS . kan
pegawai negeri sipil
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:30 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-10-2024 10:25 AM
Makan kat laman rumah @nusaraya je.

no thank you



Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:34 AM | Show all posts
kepompong replied at 9-10-2024 10:28 AM
makcik2 gomen yg pindah. kan.

makcik2 pakcik2 gomen = penjawat awam = PNS

civil jd sipil??
nasib tak sipilis pilis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disirami si air mawar









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
habis la geng2 gomen skandal sesama depa kat sana
giler jauh kot nak pindah pastu sekolah pun x buat lg. mau spouse tggu anak2 habis sek dulu baru pindah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
surfin_net82 replied at 9-10-2024 08:16 AM
Barang beli

Barang beli pon...mcm kepala takuk je bentuk...hahaahha..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 9-10-2024 10:34 AM
civil jd sipil??
nasib tak sipilis pilis di pilis
Di tepungi lah tawar

i nak request lagu bunga rampai pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:31 AM | Show all posts
kepompong replied at 9-10-2024 11:18 AM
i nak request lagu bunga rampai pulak

bayar aaaa




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.094763 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list