View: 12425|Reply: 1
|
Mona Allen Bidas Netizen Minta Nasihat Pekin Ibrahim, Didakwa Jadi ‘Batu Api’ Isu Cerai Fattah Amin – ‘Lantak Lah Dia Nak Tulis Apa’
[Copy link]
|
|
Pelakon, Mona Allen mencuri perhatian apabila memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang dihantar oleh seorang individu kepadanya menerusi Instagram Story (IG Story).
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama Munna Hafiraneza Allen memuat naik tangkap layar memaparkan mesej pengguna tersebut yang melabel suaminya, Pekin Ibrahim sebagai batu api terhadap isu penceraian pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura.
"Salam sis, tolong nasihatkan suami sis itu janganlah jadi batu api.
"Dia hanya kenal Fattah sebagai kawan tapi yang tidur sebantal dan serumah dengan Fazura adalah Fattah, bukan dia (Pekin Ibrahim)."
"Tak perlu nak ‘back up’ siapa-siapa pun dalam hal rumah tangga orang."
Tambah individu tersebut, dia menganggap Pekin menyebelahi Fattah kerana mereka pernah menuntut di universiti dan bekerjasama di set penggambaran bagi sebuah filem.
Tidak berdiam diri, Mona tampil membidas hantaran mesej tersebut.
Ujar Mona, apa diperkatakan suaminya mengenai Fattah bukanlah sesuatu yang buruk dan hanya sekadar berkongsi pandangan peribadinya sebagai seorang kenalan.
"Apa nak jadi dengan netizen Malaysia ini? Apa yang batu api? Bukankah dalam Islam kita harus berkata yang baik-baik sahaja."
"Apa yang suami saya katakan tentang Fattah, adakah satu penghinaan?"
"Ya, betul kita tak tidur sebantal dengan mereka. Tapi bila seorang itu nampak dan ingin kongsi melalui ‘point of view’ (POV) dia, siapa kita untuk menilai?."
"Saya bukan penasihat suami saya, lantaklah dia nak tulis apa."
Terdahulu, Pekin menganggap tuduhan Fattah berlaku curang terhadap Fazura sehingga terjadinya penceraian sebagai satu dakwaan yang berat.
Tambah Pekin, Fattah juga disifatkan sebagai seorang suami yang baik kerana sering meluahkan rasa rindu setiap kali berjauhan daripada isteri dan anaknya.
Imbas kembali, Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah.
Sumber – Oh Bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Padanla muka!!
Edited by L.U.S.M at 10-10-2024 08:13 AM
tohan sembahan ko yang meminta netizen utk jadi Hakim tak bertauliah dengan dedah segalanya kannn
Dari filing smpi settle cerai..xhabis2 drag netizen
Ingat netizen nk buat karier heshe terkubur sekali kuasa Allah karier tohan sembahan ko yang bakalan terkambus
|
|
|
|
|
|
|
| |
|